Parlimen

Pejuang nekad tolak Belanjawan jika 12 syarat tidak dipenuhi

LAIN parti lain syarat diberikan untuk menyokong Belanjawan 2021. Bagi parti Pejuang sebanyak 12 syarat dikemukan kepada kerajaan Perikatan Nasional jika mahu Belanjawan 2021 diluluskan.

Ahli Parlimen (Jerlun-Bebas), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Pejuang tidak teragak-agak untuk menolak Belanjawan 2021 jika permintaan mereka ditolak.

“Kita nekad untuk menolak Belanjawan 2021 jika tiada pindaan terhadap syarat kami kemukakan.

“12 syarat supaya ini adalah agar kerajaan tidak berboros berbelanja untuk perkara-perkara yang tidak diperlukan ketika negara sedang dilanda krisis yang serius ini,” kata Mukhriz dalam Dewan Rakyat hari ini.

Antara syarat itu termasuk lanjutan moratorium serta pengeluaran daripada akaun 1, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selain itu Mukhriz meminta kerajaan menunda pembinaan bangunan kementerian termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang menelan belanja pembinaan sebanyak RM60.5 juta.

Mukhriz juga mahu kerajaan menunda kesemua projek mega bernilai RM15 bilion dan memberi tumpuan kepada projek-projek kecil.

Beliau turut menggesa agar gaji menteri, timbalan menteri dikurangkan sehingga 30 peratus.-SM

(Visited 240 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button