Nasional

Usah gundah-gulana, PRU-15 medan sebenar…

Oleh DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM
Penganalisis isu-isu semasa

BILA Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak tersenarai dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN), orang UMNO seharusnya menarik nafas lega.

Baguslah!, dengan ini kepemimpinan kanan UMNO boleh memberi fokus serius kepada gerak kerja parti menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) yang tidak sampai tiga tahun ini.

Mereka yang tidak terpilih termasuklah ahli parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said jangan rasa gundah-gulana. Ambil positif. Pastikan anda tidak hilang fokus dengan `hal-hal remeh ini’.

Orang UMNO harus ucapkan tahniah kepada presidennya yang lebih menumpukan kepada soal pembubaran Parlimen, sekali gus mendepani PRU-15. Presiden UMNO very firm – solid.

Lihat saja Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau pun berpandangan jauh. Tidak `melatah’ kerana tidak tersenarai.

Semua maklum kerajaan PN yang ada sekarang very fragile. Tidak stabil. Goyah.

Apa sahaja boleh berlaku dalam sidang Dewan Rakyat 18 Mei depan.
Apatah lagi dua daripada tiga speaker orang Pakatan Harapan.

Berdasarkan kombinasi Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC dan PBRS)- Muafakat Nasional (Pas), peluang untuk gabungan ini menang PRU-15 lebih cerah.

Ditambah pula Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengepalai Kabinet sekarang tidak memiliki jentera yang kukuh. Malah parti itu tidak kuat di bahagian dan cawangan. Lemah.

Perjanjian yang dimeterai dalam PN hanya sekadar boleh bertahan sehingga PRU-15, dengan pertempuran sebenar di Semenanjung nanti di antara BN-Muafakat Nasional dengan Bersatu dan PH.

Apa pun, kedua-dua presiden sama ada Ahmad Zahid mahupun Abdul Hadi pastinya akan bertindak sebagai “watchdog” kepada kerajaan PN yang ada – yang mana presiden UMNO itu turut memutuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Khamis 12 Mac lalu bahawa:

UMNO akan terus memberi sokongan kepada kerajaan baharu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga PRU ke-15 berasaskan beberapa panduan berikut:-
i. Kerajaan baharu ini harus memastikan aspirasi rakyat benar- benar direalisasikan.
ii. Kerajaan baharu ini melaksanakan tanggungjawabnya dengan memberikan kemakmuran kepada semua rakyat tanpa mengira batasan kaum, agama, kenegerian dan darjat.
iii. Kerajaan baharu harus segera berusaha menangani kelembapan ekonomi semasa termasuklah melakarkan pelan tindakan berkesan menghadapi cabaran ekonomi global dan kesan wabak Covid-19.
iv. Kerajaan baharu tidak sewajarnya mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan PH terdahulu dalam menguruskan isu- isu yang menyentuh sensitiviti hubungan kaum negara ini.

Pada masa sama, demi memenuhi aspirasi rakyat dan memelihara kepentingan agama dan negara, beberapa tindakan segera, kata Ahmad Zahid, harus diambil oleh Kabinet baharu termasuklah:-
i. Menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat segala tuduhan salahlaku dan penyelewengan PH terhadap kerajaan BN dan Pengurusan Tabung Haji terdahulu.
ii. Menilai semula semua keputusan penjualan secara lambak aset- aset strategik negara dan agensi-agensi berkepentingan rakyat termasuklah Tabung Haji, Khazanah Nasional, LTAT dan semua Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
iii. Demi memenuhi prinsip Rule of Law yang sebenar, UMNO mendesak kes-kes penyelewengan yang dihentikan perbicaraannya oleh kerajaan PH dibuka semula, ini termasuklah kes skandal rasuah terowong dasar laut dan 3 lebuhraya melibatkan pemimpin DAP bernilai RM 6.3 bilion.
iv. Menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap mereka yang dikaitkan dengan Kes Pembunuhan yang menyayat hati melibatkan anggota Bomba, Allahyarham Adib.
v. Membatalkan agenda kerajaan PH untuk menubuhkan IPCMC yang sengaja mahu mengongkong dan mengekang tugas dan tanggungjawab pihak Polis DiRaja Malaysia.
vi. Membekukan keputusan pemberhentian kakitangan awam berstatus kontrak, dasar pengurangan kakitangan awam dan mengkaji semula dasar yang memastikan kebajikan penjawat awam terbela.

UMNO harus terus memainkan peranan secara proaktif sebagai agen semak dan imbang (check and balance) terhadap kerajaan baharu pimpinan Muhyiddin.

Ini demi memastikan suara dan aspirasi rakyat benar-benar terbela. – SM

(Visited 276 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button