NasionalUncategorized

Bekas CEO yayasan ditahan SPRM

SEORANG bekas Ketua pegawai Eksektif (CEO) sebuah yayasan berpangkat Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini.

Menurut sumber, dia ditahan kerana menyalahguna kedudukan dan jawatan untuk melantik syarikat miliknya bagi penganjuran sebuah program kayuhan pada 2016.

Jelasnya, suspek lelaki berusia lingkungan 60an yang juga bergelar Professor itu ditahan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi ketika hadir ke pejabat SPRM Putrajaya untuk memberikan keterangan.

“Ketika suspek memegang jawatan CEO yayasan tersebut, beliau telah melantik syarikat miliknya sebagai rakan strategik bagi menganjurkan sebuah program kayuhan di utara tanahair itu dengan kos berjumlah melebihi RM150,000,” katanya.

BACA> JPJ P. Pinang kesan syarikat e-hailing haram, sita 11 kereta

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Menurutnya, kes disiasat dibawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009)

Suspek kemudian dibenarkan diikat jamin dengan seorang penjamin berjumlah RM10,000. – SM

(Visited 413 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button