Sukan

Tahniah Damok! PM bangga kejayaan Syarifuddin

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin melahirkan perasaan bangga terhadap kejayaan yang dicipta oleh pelumba negara, Syarifuddin Azman dalam CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol.

Muhyiddin berkongsi kegembiraan terhadap kecemerlangan Syarifuddin apabila merangkul gelaran sebagai juara pada perlumbaan Moto3 yang berlangsung semalam.

“Syabas anak muda. Tahniah Malaysia. Saya cukup berbangga dan gembira apabila dimaklumkan anak muda Malaysia, Syarifuddin Azman berjaya menggegar Litar Catalunya apabila muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Barcelona, Sepanyol, semalam.

“Sudah pasti hanya keazaman, ketekunan, kesungguhan dan keberanian sahaja yang mampu meletakkan seorang pelumba untuk bergelar juara.

“Tahniah Syarifuddin dan seluruh ahli pasukan atas aksi dan kejayaan yang membanggakan negara ini,” kata Muhyiddin.

Beliau turut memberi kata-kata semangat kepada Syarifuddin dan seluruh ahli pasukannya untuk terus mencipta kejayaan yang boleh membanggakan negara.

“Teruskan usaha untuk kejayaan yang lebih gemilang selepas ini. Tahniah Damok! #MalaysiaPastiBoleh,” ucap Muhyiddin

Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok yang bermula di petak ke-10 menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat.

Tempat kedua milik pelumba tuan rumah, David Munoz Rodriguez dari pasukan Avatel-Cardoso Racing dengan catatan masa 29:32.715 manakala Jose Antonio Rueda Ruiz juga dari Sepanyol di tempat ketiga (29.32.825s).-SM

(Visited 294 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button