Rencah Hidup

Pulau untuk pencinta kucing

SEKIRANYA anda seorang pencinta kucing, anda mungkin merasa sangat sesuai dan damai berada di sebuah pulau bersama dengan kucing.

Di Jepun terdapat beberapa pulau yang kucing lebih banyak daripada manusia.

Malah negara itu memang terkenal dengan si comel ini, tetapi berada di sebuah pulau yang wajah-wajah si comel ini lebih banyak daripada manusia mungkin memberikan pengalaman berbeza.

Salah sebuah pulau yang dikenali sebagai pulau kucing di Jepun ialah Aoshima .

Ia mungkin merupakan pulau kucing yang paling terkenal di Jepun.

Nama panggilannya “Pulau Kucing” mungkin tidak keterlalun kerana hanya terdapat 15-20 penduduk di pulau ini tetapi lebih terdapat lebih daripada  120 ekor kucing, kira-kira 6 kali ganda populasi manusia!

Aoshima adalah pulau sepanjang 1.6 km yang terletak di Prefektur Ehime, Jepun selatan.

Kucing pada awalnya diperkenalkan di kapal kerana nelayan harus menangani masalah tikus.

Tetapi kucing kemudian tinggal di pulau itu dan membiak, sehingga populasi meningkat.

Namun, Pulau Aoshima bukanlah tempat pelancongan. Tidak ada kereta, hotel, restoran, atau mesin layan diri di pulau ini.

pulauPenduduk di sana kebanyakannya warga tua. Mereka tidak akan menolak pengunjung yang ingin mendekati kucing, tetapi pastikan tidak mengganggu penduduk jika anda mengunjungi pulau itu, dan jangan memberi makan kepada kucing terbabit kerana mereka diberi makan oleh penduduk setiap hari.

Pulau ini bukan satu destinasi yang ada kemudahan pengangkutan. Hanya ada perkhidmatan feri pergi ke pulau ini dua kali sehari.

Walau bagaimanapun, ia mungkin merupakan destinasi untuk mencuba dan dikunjungi bagi pencinta kucing yang sangat berminat.

Kalau minat sangat hendak melihat kucing-kucing comel di pulau ini boleh ikut panduan ini:

Anda disyorkan untuk pergi dari Matsuyama, ibu kota wilayah Ehime:

06:04 Bertolak dari Stesen Matsuyama di Laluan Yosan
07:16 Tiba di Stesen Iyo-Nagahama
07:20 Beli tiket di Kawasan Asrama Aoshima, sekitar 2 minit berjalan kaki dari Stesen Nagahama
08:00 Bertolak dengan kapal Aoshima
08:35 Tiba di Aoshima -Main banyak dengan kucing comel!
16:15 Bertolak dari Pelabuhan Aoshima dengan kapal Aoshima
16:50 Tiba di Pelabuhan Nagahama
17:34 Bertolak dari Stesen Iyo-Nagahama
18:30 Kembali ke Stesen Matsuyama

SM

(Visited 963 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button