MahkamahNasional

Peguam Najib minta lanjutan masa ‘3 hingga 4 bulan’

PEGUAM utama mewakili Datuk Seri Najib Razak meminta Mahkamah Persekutuan menangguhkan rayuan SRC International selama “tiga hingga empat bulan” sambil menegaskan pasukan pembelaan baharu hanya mengambil alih kes itu kurang sebulan lepas.

Peguam utama Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah, pasukannya dilantik pada 21 Julai dan diberikan rekod rayuan yang “panjang lebar”.

Tambahnya, mereka memerlukan “masa yang cukup untuk menyediakan” dan menghujahkan kes mereka.

“Saya minta masa untuk menghujahkan rayuan utama,” kata Hisyam sambil menegaskan bahawa permintaan itu dibuat dengan suci hati.

Beliau berkata, rayuan SRC International “bukan kes biasa” dan “ada perkara kukuh dalam undang-undang untuk dihujahkan sebelum rayuan utama”.

“Saya minta masa untuk menghujahkan rayuan utama,” kata Hisyam sambil menegaskan bahawa permintaan itu dibuat dengan suci hati.

Beliau berkata, rayuan SRC International “bukan kes biasa” dan “ada perkara kukuh dalam undang-undang untuk dihujahkan sebelum rayuan utama”.

“Jika mahkamah memberi saya masa tiga hingga empat bulan, ini bermakna rayuan akan didengar setahun selepas keputusan Mahkamah Rayuan, tempoh yang tidak terlalu lama dalam keadaan semasa,” katanya.

Pendakwa raya ad hoc V Sithambaram berkata, pihak pendakwaan akan menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada mahu memberi lebih masa kepada peguam.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat kemudian berkata, panel akan mempertimbangkan permintaan itu.

Perbicaraan ditangguhkan ke lewat petang ini apabila panel dijangka mengumumkan keputusannya.

Bekas perdana menteri, Najib, sebelum ini diwakili tetuan Shafee & Co dengan Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan.

Pada Mei, Mahkamah Persekutuan memutuskan kepada semua pihak terlibat pendengaran rayuan ditetapkan selama 10 hari antara 15 hingga 26 Ogos.

Pada 26 Jul, tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners, memaklumkan kepada mahkamah atasan itu bahawa firma mereka dilantik sebagai peguam cara dengan Hisyam Teh pula mengetuai pasukan pembelaan. Susulan itu, firma berkenaan segera memohon penangguhan pendengaran, di mana ditolak mahkamah.

Dalam pengurusan kes pada 29 Jul, mahkamah memutuskan kedua-dua pasukan pendakwaan dan pembelaan bahawa rayuan akan berlangsung seperti dijadual, namun didahului usul difailkan Najib.

Pada Julai 2020, Najib disabit bersalah terhadap tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta. Sabitan itu turut dikekalkan Mahkamah Rayuan, pada 8 Dis tahun lalu.

Mahkamah Rayuan juga mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Bagaimanapun, Najib bebas sementara menunggu rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan. – FMT -SM

(Visited 266 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button