Luar Negara

“Kucing” jadi peguam kes perbicaraan mahkamah secara maya

Strim langsung dari mahkamah secara maya yang berlangsung di Texas dikejutkan dengan seorang peguam yang muncul sebagai kucing.

Hakim, Roy B. Ferguson dari Mahkamah Daerah Kehakiman ke-394 di Texas dengan ramah memanggil kucing itu di ruang maya, menyarankan agar peguam Rod Ponton menukar tetapan Zoomnya.

Insiden yang terjadi pada hari Selasa itu disiarkan di saluran rasmi YouTube mahkamah.

“Tuan Ponton, saya percaya anda mempunyai filter digunakan dalam tetapan video,” kata hakim.

Anak kucing kecil berwarna putih itu kelihatan sedih dengan matanya yang bergerak ke belakang dan ke depan.

Anak kucing itu membuka mulutnya untuk bercakap.

“Bolehkah anda mendengar saya, hakim?” Ponton berkata, muncul dengan filter kucing.

“Saya di sini, hidup, saya bukan kucing,” katanya beberapa saat kemudian.

Peguam Rod Ponton secara tidak sengaja menggunakan watak kucing dalam perbicaraan mahkamah maya di Texas pada hari Selasa.

Ferguson mengesahkan insiden Zoom tersebut berlaku pada hari Selasa.

“Perkara itu benar benar berlaku. Tidak ada gurauan sama sekali,” kata Ferguson.

Ferguson berkata bahawa filter kucing di Zoom itu hilang dalam beberapa saat selepas itu.

Dia menambah bahawa dia membantu peguam itu dengan memberitahu cara untuk menghilangkannya.

“Ketika anaknya menggunakan komputer, (anak itu) menghidupkan filter tersebut,” katanya.

“Sudah tentu, peguam itu tidak tahu menahu langsung tentang kewujudan ciri tersebut.”

Ponton memberitahu bahawa dia harus menggunakan komputer setiausahanya untuk perbicaraan dan mengesyaki setiausahanya atau anak perempuannya terakhir menggunakan gambar kucing itu.

Insiden kucing ini bukan satu-satunya insiden malang yang berlaku dalam sebarang panggilan video semenjak pandemik melanda.

Oleh itu, sentiasa periksa dahulu sebarang tetapan di aplikasi, telefon bimbit dan computer riba masing-masing sebelum mengadakan sebarang panggilan video.

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button