MahkamahNasional

Peguam hadapi dua pertuduhan atur kes mahkamah

SEORANG peguam kanan persekutuan berhadapan dengan dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini selepas didakwa terima suapan.

Dia didakwa menerima suapan RM600,000 daripada seseorang bagi tujuan mempengaruhi pengarah pendakwaan Pulau Pinang untuk mendakwa Chan Eng Leong kerana menipu.

Lim Cheah Yit, 42, menerima RM500,000 pertama daripada Goh Kim Heong pada 8 Mac lalu dekat pusat karaoke di pusat beli-belah Paragon Gurney di Georgetown.

Kemudian pada, 1 Jun lalu dia menerima baki lagi RM100,000 daripada orang yang sama di Hotel AC, Bukit Gambir di Bayan Lepas.

Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), peguam itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut selepas pendakwaan dibacakan ke atasnya.

BACA > Nyaris maut akibat durian ‘terbang’ — Suara Merdeka

Dia dituduh di bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali nilai rasuah atau RM10,000, mana lebih tinggi.

Justeru, Hakim, Noor Aini Yusof menetapkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Cheah Yit kemudian diarah menyerahkan pasportnya serta melapor diri di ibu pejabat SPRM di Putrajaya setiap bulan.

Sementara itu, menurut Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Mokhzany Fariz Mohd. Mokhtar memberitahu wartawan, peguam, Cheah Yit akan didakwa semula di Mahamah Sesyen Alor Setar, Kedah.

Lapor portal itu lagi, SPRM sebelum ini menahan tiga orang pendakwa raya di Pulau Pinang.

Menurutnya, peguam dan pendakwa raya berkenaan berpura-pura menawarkan RM100,000 bagi perkhidmatannya.

BACA > UMNO boleh ekses semula wang parti RM192.9 juta yang dibeku — Suara Merdeka

Pendakwa raya  dipercayai berpangkat peguam kanan persekutuan itu, dilaporkan ditahan selepas menerima wang yang ditandakan daripada pegawai samaran SPRM. – SM

 

(Visited 364 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button