Ekonomi

Fiat Chrysler, Peugeot bergabung jadi pengeluar kereta keempat terbesar dunia

MILAN – Fiat Chrysler dan pemilik Peugeot, PSA merancang untuk berkongsi tenaga melalui perkongsian 50-50 dalam penggabungan bagi membentuk pengeluar kenderaan keempat terbesar di dunia.

Penggabungan ini dirancang bagi berhadapan dengan penggunaan teknologi yang semakin mahal dan diburukkan lagi oleh permintaan global yang lembab.

Fiat Chrysler (FCA) dan PSA berkata, mereka menyasarkan untuk mencapai persetujuan dalam minggu yang akan datang untuk menghasilkan satu kumpulan dengan nilai AS$50 bilion yang akan disenaraikan di Milan, Paris dan New York, dengan tokoh dari PSA, Carlos Tavares sebagai ketua eksekutif dan John Elkann dari FCA sebagai pengerusi.

Kurang dari lima bulan lalu, FCA menolak penggabungan dengan seteru PCA dari Perancis iaitu Renault, dan langkah itu diambil ketika pengeluar kereta berhadapan dengan pasaran yang merudum selain palaburan yang besar dalam pengeluaran kereta elektrik serta pandu sendiri.

Melalui penggabungan itu, FCA akan dapat akses kepada platfom pengeluaran kenderaan yang lebih moden milik PSA, sementara PSA yang menumpukan kepada pasaran Eropah akan mendapat faedah daripada pasaran FCA di Amerika Syarikat yang menguntungkan.

Bagaimanapun penggabungan ini kemungkinan akan menyebabkan kira-kira 400,000 akan kehilangan pekerjaan.

 

 

 

 

(Visited 127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button