Luar Negara

Pegawai Trump letak jawatan susulan serangan di Capitol AS

BEBERAPA pegawai pentadbiran Donald Trump meletakkan jawatan pada Rabu susulan peristiwa serbuan di Capitol Amerika Syarikat oleh penyokong presiden itu, lapor Agensi Anadolu.

Pegawai pertama melepaskan jawatan ialah bekas setiausaha akhbar Rumah Putih dan ketua staf Melania Trump, Stephanie Grisham.

“Saya gembira berkhidmat untuk negara di @WhiteHouse. Saya sangat berbangga menjadi sebahagian daripada misi @FLOTUS @MELANIATRUMP membantu kanak-kanak di mana sahaja, & bangga dengan banyak pencapaian pentadbiran ini. Log keluar sekarang – anda boleh cari saya di @OMGrisham,”  tulisnya di Twitter.

Disusuli Timbalan Setiausaha Rumah Putih Sarah Matthews, yang melepaskan jawatan berkuat kuasa serta-merta, sebagai tindak balas terhadap kejadian di Kongres.

“Sebagai individu yang bekerja di dewan Kongres, saya sangat terganggu dengan kejadian hari ini. Saya akan mengundurkan diri dari jawatan ini, dengan segera. Negara kita memerlukan peralihan kuasa secara aman,” katanya dalam satu kenyataan.

Setiausaha Sosial Rumah Putih Rickie Niceta turut mengambil langkah sama.

Menurut pelbagai sumber, beberapa pegawai lain sedang mempertimbangkan untuk meletak jawatan, termasuk Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih Robert O’Brien.

Tindakan itu diambil selepas ratusan penyokong pro-Trump menyerbu Kongres ketika ahli parlimen mengira undi pilihan raya untuk mengesahkan kemenangan Joe Biden.

Sejak pilihan raya presiden 3 November, Trump menolak mengakui kekalahannya. – BERNAMA

(Visited 286 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button