Uncategorized

Pegawai penguatkuasa guna budi bicara keluarkan kompaun – Hannah Yeoh

SEMUA penghantar makanan yang dikompaun sebagaimana dinyatakan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dalam kenyataannya semalam adalah disebabkan mereka makan secara berkumpulan tanpa penjarakan fizikal.

Ketua Polis Daerah Sentul, Eng Beng Lai berkata, sebanyak lapan kompaun dikeluarkan ke atas penghantar makanan e-panggilan berkenaan pada 1 Jun lalu pada pukul 10.25 pagi di sebuah taman permainan di Taman Segambut, Sentul.

Beng Lai berkata, kelmarin, pada 2 Jun lalu, pada pukul 3.55 petang, sebanyak empat lagi penghantar makanan e-panggilan dikompaun di sebuah warung kosong yang tidak menjalankan perniagaan di tepi jalan di Batu 3, Jalan Ipoh, Sentul atas kesalahan sama.

“Semua mereka telah diberi nasihat supaya mematuhi SOP PKP, namun tidak diendahkan. Pihak polis terpaksa mengambil tindakan tegas bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta 342 untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik Covid-19,” kata Beng Lai dalam satu kenyataannya hari ini.

Sehubungan itu, Beng Lai turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP PKP dengan tidak berkumpul sehingga menyukarkan penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka.

Terdahulu, Hannah dikatakan merayu agar pegawai penguat kuasa menggunakan budi bicara ketika mengeluarkan kompaun terhadap pekerja e-panggilan.

Hannah dalam kenyataannya berkata, terdapat enam orang penghantar makanan mengadu bahawa mereka dikompaun di dua lokasi berbeza ketika makan di tepi padang.

“Riders ini sememangnya tidak ada ruang kerja. Mereka makan di tepi jalan? Tidak selamat,” katanya. – SM

(Visited 122 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button