fbpx
Mahkamah

Pegawai PBT Melaka dituduh guna dokumen palsu sebagai tulen

SEORANG pegawai wanita Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai dokumen tulen, tiga tahun lepas.

Tertuduh, Hafizawati Ahmad, 35, sebagai Pengarah Jabatan Pelesenan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) ketika kejadian didakwa dengan tidak jujur menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen.

Dokumen itu ialah Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Perniagaan di mana tertuduh mengetahui dokumen itu adalah palsu.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya di Jabatan Pelesenan, MPHTJ, Ayer Keroh, pada 10 April 2017, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin membenarkan Hafizawati diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan, tertuduh perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka setiap bulan selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan tidak berkomunikasi dengan mana-mana saksi sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 24 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irwan Shah Abdul Samat dan Pegawai Pendakwa SPRM Nur Syakila Yaacob manakala tertuduh diwakili Peguam Azrul Zulkifli Strok. – SM

(Visited 38 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button