Nasionalpilihan

Mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan, kaki tiada kaitan dua kes orang hilang

POLIS Melaka menafikan mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki yang ditemukan di dalam tong sampah dan dibuang di longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka di sini dua minggu lalu bukan mangsa kes hilang di Gemenceh, Negeri Sembilan dan Batu Pahat, Johor.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, berdasarkan sampel asid deoksiribonulek (DNA) yang dijalankan ke atas dua keluarga mangsa yang hilang mendapati ia tidak sepadan.

“Spesimen DNA itu turut dihantar ke Bahagian D13 (Data Bank/ DNA), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman untuk dibuat semakan dengan kes- kes lain yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu katanya, polis masih meneruskan siasatan bagi mengesan identiti simati.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian 06-556 2222.

Akhbar sebelum ini melaporkan mayat wanita dalam keadaan bogel tanpa kepala, kaki dan kedua-dua tangan ditemukan dalam tong sampah oleh orang awam berhampiran sebatang longkang di Kampung Rimau, Pulau Sebang pada 31 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, mayat yang ditemukan kira-kira pukul 2.00 petang itu dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an ke 30-an.

Beliau berkata, pihaknya percaya anggota badan mangsa yang hilang adalah kerana dipotong manakala pencarian di lokasi kejadian tidak menemukannya.

“Mayat tidak cukup sifat itu telah ditemui orang awam sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

“Sepasukan pegawai bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Hospital Alor Gajah telah ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

“Siasatan di tempat kejadian menemui mayat seorang wanita dalam keadaan berbogel disyaki berusia sekitar 20-an hingga 30-an yang tidak cukup anggota badannya,” ujarnya. – SM

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button