Mahkamah

Pegawai JPJ mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah RM8,500

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 5 Julai – Seorang pembantu penguat kuasa kanan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh di sini hari ini atas 12 pertuduhan menerima rasuah bernilai RM8,500, sejak dua tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Jamil Md. Saru, 40, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut kesemua 10 pertuduhan, tertuduh sebagai penjawat awam iaitu Pembantu Penguat Kuasa Kanan JPJ Gred KP22 didakwa memperoleh suapan berjumlah RM500 setiap bulan daripada Pengurus Syarikat Sivan Sakthi Maju Enterprise P. Vijayan yang diketahui mempunyai hubungan kerja-kerja rasmi dengannya.

Habuan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap lori-lori milik syarikat pengangkutan itu di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di Maybank Merlimau, Jasin antara 28 April 2020 hingga 31 Mac 2021 dan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh turut berdepan dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 didakwa secara rasuah menerima suatu suapan iaitu wang berjumlah RM3,500 secara pindahan atas talian daripada syarikat sama sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas lori-lori milik syarikat terbabit dibawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kesalahan itu dilakukan di Maybank Cawangan Melaka Raya antara 28 April 2020 hingga 12 Mac 2021.

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali gandan jumlah atau nilai suapan atau RM10, 000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Irwan Shah Abdul Samat, mencadangkan jumlah jaminan RM4,500 dengan syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah selain perlu melapor diri ke pejabat SPRM Melaka, Alai setiap bulan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu kepada mahkamah agar jumlah itu dikurangkan dengan alasan mempunyai tanggungan dua anak termasuk seorang orang kurang upaya (OKU).

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button