Jenayah

Pegawai jabatan agama Islam Johor terima rasuah RM130,000 ditahan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia, Cawangan Segamat menahan seorang penolong pegawai hal ehwal Islam kerana kesalahan meminta dan menerima wang rasuah.

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih daripada RM130,000 daripada beberapa orang kontraktor sebagai balasan kerana mendapatkan kerja-kerja bekalan di Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Suspek seorang wanita berusia 37 tahun bertugas sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam tersebut telah ditahan kira-kira jam 3.00 petang tadi di Pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000.00 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor Dato’ Hj. Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. -SM

(Visited 566 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button