Nasional

Hospital Sungai Buloh nafi caj jenazah cecah RM9,000

Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh menafikan terlibat dalam mengenakan caj kepada waris jenazah pesakit Covid-19 sehingga mencecah RM9,000.

[sociallocker]

Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur berkata, pihaknya hanya terlibat dalam mengendalikan urusan pengambilan jenazah dari wad sehingga ke tempat penyimpanan dan pengurusan jenazah Covid-19 dan bukan Covid-19 sahaja.

“Semua waris perlu berurusan dengan syarikat yang dipilih oleh waris bagi pengurusan pengebumian pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan dimuat naik di Facebook Hospital Sungai Buloh Selangor di sini pada malam Rabu.

Sebelum ini, tular satu visual suara dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa Hospital Sungai Buloh mengenai caj pengurusan jenazah pesakit Covid-19 yang mencecah sehingga RM9,000.

[/sociallocker]

(Visited 591 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button