Nasionalpilihan

Pegawai Daerah, juruukur bahan ditahan SPRM, terlibat bolot projek puluhan juta

Susulan penahanan tiga individu termasuk dua bekas Yang Dipertua (YDP) majlis perbandaran semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan reman dua lagi individu iaitu seorang Pegawai Daerah (DO) bersama seorang juruukur bahan.

Kedua-dua suspek terlibat telah direman selama lima hari bermula hari ini selepas Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan reman oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber, kedua-dua individu terlibat telah ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 9 dan 10 malam tadi ketika hadir memberi keterangan.

“Suspek-suspek terlibat dipercayai bersekongkol bersama syarikat kontraktor yang merupakan sindiket kartel projek bagi membolot projek-projek bernilai puluhan juta ringgit di sekurang kurangnya empat daerah di Selangor sejak 2012 lagi.

“Dalam tempoh empat tahun di sebuah daerah sahaja, kontraktor terlibat boleh memperoleh pelbagai projek bernilai anggaran RM20 juta,” katanya.

Jelas sumber, terdapat kira-kira 70 syarikat yang digunakan untuk membolot projek -projek tersebut termasuk kira-kira 16 syarikat milik keluarga mereka dan selebihnya merupakan kroni atau proksi.

Katanya, kontraktor-kontraktor ini akan menjaga dan berdampingan dengan pegawai-pegawai terlibat seperti menaja bermain golf, cuti ke luar negara dengan membiayai perbelanjaan sekeluarga

“Pegawai Daerah di Selangor yang direman hari ini dipercayai telah menerima suapan bernilai anggaran kira-kira RM125,000 dalam pelbagai bentuk seperti wang tunai, pengubahsuaian rumah, deposit kereta dan bayaran perubatan.

“Suapan itu adalah sebagai balasan untuk membantu syarikat-syarikat milik kontraktor mendapatkan kerja-kerja pembersihan kawasan, penyelenggaraan dan lain-lain kerja secara sebut harga dan tender di kawasan sekitar Selangor,” ujarnya.

Katanya, keseluruhan nilai projek-projek tersebut berjumlah kira-kira RM3 juta.

Sumber turut berkata, juruukur bahan itu pula dipercayai telah memperoleh suapan sebanyak 1 peratus daripada nilai projek selain wang tunai berjumlah anggaran RM90,000 dan sebuah basikal bernilai RM3,000.

Tambahnya, suspek dipercayai telah membocorkan maklumat-maklumat berkaitan tender kepada kontraktor bagi kerja-kerja pembersihan kawasan dan penyelenggaraan di sebuah daerah lain pula di Selangor. -SM

(Visited 573 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button