Nasionalpilihan

Pegawai bank ‘kantoi’ beli 7 jongkong emas guna wang simpanan tetap pelanggan

SEORANG Pengurus Perhubungan Pelanggan Perbankan ditahan pada 21 September lalu kerana terlibat dengan kes pecah amanah.

Difahamkan, suspek telah menggunakan wang simpanan tetap milik mangsa (pelanggan) untuk membeli tujuh jonong emas buat dirinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Kamarudin Md Din berkata, pihaknya juga telah menerima tujuh laporan polis berkaitan kes tersebut.

“Berdasarkan siasatan, kita percaya ramai lagi mangsa telah mengalami kerugian akibat perbuatan suspek namun membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarudin berkata, suspek telah dituduh di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan pada 27 September lalu namun tidak mengaku salah.

Tambahnya, mangsa-mangsa yang terlibat juga diminta untuk tampil membuat laporan polis untuk siasatan lanjut. -SM

(Visited 474 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button