Politik
Trending

Riza Aziz: Mahathir jangan keliru – Takiyuddin, Najib

TUN Dr. Mahathir Mohamad harus menyedari terhadap pelepasan tanpa pembebasan Riza Shahriz Abdul Aziz adalah keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara.

Keputusan tersebut kemudiannya dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes pengubahan wang haram bernilai Rm465.3 juta.

BACA > DAP mengaku PH tiada majoriti di Dewan Rakyat — Suara Merdeka

Persetujuan memberi pelepasan tanpa pembebasan kepada anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu diputuskan pada akhir tahun 2019.

Peguam Negara yang terlibat ketika itu adalah Tan Sri Tommy Thomas iaitu ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih berkuasa.

Justeru, Ahli Parlimen Langkawi itu diharap tidak bersifat hipokrit apabila menyatakan keliru dengan keputusan dicapai antara pihak pendakwaan dan tertuduh.

Oleh demikian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan, kenyataan Dr. Mahathir berhubung keputusan itu adalah tidak munasabah.

“Kerajaan berharap Tun (Dr. Mahathir) tidak bersikap hipokrit dengan mengatakan beliau ‘tertanya-tanya’, keliru dan tidak faham terhadap suatu keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara dan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes ini di akhir tahun 2019.

“Tindakan Tun amat tidak munasabah sebagai bekas Perdana Menteri pada masa meterial.

BACA > Sejarah Raja, Perdana Menteri dimulakan seorang guru biasa — Suara Merdeka
BACA > Dr. Luqman Mufti baharu Wilayah Persekutuan — Suara Merdeka

“Kerajaan berharap Tun tidak terus bertindak mengelirukan rakyat dengan mengatakan beliau ‘keliru’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus bertindak mengikut undang-undang.

Sementara itu, Najib mengulas, Riza Aziz dituduh caj pengubahan wang haram (Amla) dan bukan didakwa pecah amanah, salah guna kuasa atau rompak.

“Caj ini tak beza dengan Jakel Trading, Naza atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Mereka pun rompak ke?

BACA > Terima Kasih PM – Sugu Pavithra — Suara Merdeka
BACA > Agong, Raja Permaisuri zahirkan ucapan Selamat Hari Guru — Suara Merdeka

“Adakah ‘dia’ (Dr. Mahathir) keliru kenapa Jakel, Naza dan ITBM tak diteruskan dakwaan tetapi dilepaskan setelah capai perjanjian penyelesaian,” ulasnya dalam Facebook. – SM

(Visited 206 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button