Jenayah

PDRM tubuh 37 pasukan cantas kekang kes pecah premis masa banjir

POLIS Diraja Malaysia yelah menubuhkan 37 pasukan cantas yang terdiri daripada 120 orang anggota bagi mengawal keselamatan dan memastikan kejadian jenayah di kawasan banjir tidak berulang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sebanyak tujuh kes pecah premis kedai dan kilang telah dilaporkan di kawasan yang terlibat dengan bencana banjir.

Jelas beliau, empat kes berlaku di Shah Alam, dua kes di Kelang Utara dan satu kes di Kelang Selatan.

Katanya, terdapat individu yang mengambil kesempatan untuk mewajarkan kelakuan jenayah masa banjir.

“Ada segelintir anggota masyarakat yang mengambil kesempatan. Ada yang mengatakan mereka terdesak dengan bekalan makanan terputus, ada yang mengatakan mereka ambil itu bukan untuk keperluan sebaliknya untuk diagihkan kepada orang ramai.

“Untuk makluman di semua pusat kejadian ini telah disediakan dengan bekalan makanan yang mencukupi. Di mana semua orang boleh datang untuk mengambil bekalan untuk keperluan masing-masing. Tanpa mengira mereka itu warga negara ataupun bukan warganegara.

“Ini adalah bantuan kemanusiaan yang disediakan oleh kerajaan dan semua orang adalah dialu-alukan untuk keperluan masing-masing,” katanya pada sidang akhbar berkaitan banjir di Shah Alam, Selangor.

Menurut Acryl Sani, pihaknya telah membuat beberapa siasatan dan tangkapan terhadap individu yang melakukan jenayah pecah premis terbabit.

Sementara itu, Acrly Sani memberitahu, polis juga telah menyelesaikan satu kes tular berkaitan kejadian sebuah kenderaan cuba dibawa lari oleh sebuah trak penunda.

Menurutnya, seorang lelaki iaitu pemandu trak penunda terbabit telah ditangkap dan siasatan sedang dijalankan ke atas suspek.

Secara kolektif hampir 66,000 petugas dari pelbagai agensi termasuk polis dan bomba telah diletakkan di kawasan yang terlibat dengan bencana banjir.

Lebih 1,600 bot juga telah digerakkan di kawasan banjir di seluruh negara bagi tugas menyelamat dan menghantar bantuan di kawasan yang tidak boleh dimasuki oleh kenderaan darat.-SM

(Visited 270 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button