JenayahNasional

PDRM kesan Nik Faisal ada di Hong Kong

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil dikesan tinggal di Hong Kong.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pasukan penyiasat khas kes itu telah berjaya mengesan kedudukan terbaharu Nik Faisal.

Maklumat berkenaan diperoleh selepas hasil risikan dan surat notis merah dikeluarkan kepada kerajaan Hong Kong untuk membantu mengesannya.

Nik Faisal masih diburu polis bagi menyiasat penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Bagaimanapun, polis Hong Kong enggan menahan Nik Faisal walaupun PDRM menulis surat kepada pihak berkuasa di sana.

BACA > Ingatkan wang terpijak, rupanya umpan ah long — Suara Merdeka

“Kita telah banyak buat permintaan dengan pelbagai cara tambahan lagi kita beri butiran tertentu. Tapi maklum balas kita terima daripada mereka (polis Hong Kong) negatif iaitu tidak betul.

“Itu antara kekangan yang dihadapi PDRM dalam usaha untuk membawa balik dia iaitu Nik Faisal.”

Abdul Hamid berkata demikian dalam Sidang Media Khas di Bukit Aman seperti dipetik laporan MalaysiaGazette hari ini.

Tambah beliau, walau bagaimanapun PDRM akan meneruskan usaha menahan Nik Faisal walaupun tidak mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa Hong Kong.

Dalam pada itu, mengukuhkan lagi dakwaan CEO SRC itu berada di sana selepas mendapat maklumat kedudukan terkini isteri dan anaknya yang turut tinggal di Hong Kong.

“Nik Faisal juga tersenarai dalam pelarian ada dalam senarai notis merah Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol).

“Kita telah membuat permintaan pelbagai cara, dan notis merah dikeluarkan jadi menjadi tanggungjawab polis disana.

BACA > Anak Dr. Noor Hisham dipilih Felo Perdana di MOF — Suara Merdeka

“Ada maklumat terbaharu, anak dan isteri ada di sana, takkan anak dan isteri (Nik Faisal) dari Indonesia ke sana.

“Buat apa kalau tiada tujuan, jadi maklumat terbaharu kita telah berikan, kita tunggu kerjasama polis Hong Kong harap tidak dinafikan lagi sewenang-wenangnya,” jelasnya.

Abdul Hamid menambah, antara sebab pihak berkuasa Hong Kong enggan menahan Nik Faisal kerana hubungan PDRM dengan polis di sana tidak seerat 20 tahun dahulu.

Berbanding dahulu, kerjasama PDRM dan polis di sana sebelum ini cukup baik terutama melibatkan penyelesaian kes jenayah rentas sempadan.

Namun kini, kerjasama itu nampak sukar termasuk isu melibatkan Nik Faisal dan beberapa individu yang diburu termasuk penjenayah, Jho Low.

“Jho Low buruan nombor satu dalam negara dan PDRM usaha ini tidak ada saya longgarkan atau perlahankan tindakan.

“Kita akan terus memburu sebab wang yang diambil, dicuri adalah besar sekali.

“Selain dua penjenayah di atas, beberapa individu lain juga sedang diburu dan bebas berada di negara tertentu.

“Iaitu empat, lima yang saya tahu dimana mereka berada, tetapi kita tak boleh ambil mereka sebab kekangan tertentu.

“Mereka boleh ulang alik dekat Kampuchia, Thailand, Macau dan Hong Kong.

BACA > Mohd. Shafie putar belit maklumat tanah Bagahak? — Suara Merdeka

“Saya terus berusaha gigih bagi memastikan dan terus mengorek, harta yang yang masih tersembunyi di negara kita,” ujarnya – SM

(Visited 358 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button