Bola SepakSukan

Perbadanan Stadium Malaysia keluar kenyataan rasmi mohon maaf

PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) akhirnya tampil memohon maaf atas kegagalan menyiapkan padang Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang final Piala Malaysia.

Permohonan maaf dalam kenyataan media semalam itu ditujukan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku penganjur saingan Piala Malaysia 2023.

PSM juga memohon maaf kepada semua peminat bola sepak terutama penyokong Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan berentap di stadium itu.

PSM mengakui, pihaknya tidak mempunyai masa yang cukup untuk membaiki padang selepas mengalami kerosakan teruk ketika penganjuran konsert Coldplay pada 22 November lalu.

“PSM komited melakukan penambah baikan prosedur operasi standard (SOP) untuk pengurusan acara di Stadium Nasional pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu.

Isnin lalu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyindir pihak pengurusan Stadium Nasional Bukit Jalil kerana menjangkakan kerosakan padang akibat penganjuran konsert Coldplay dapat dibaiki menjelang Piala Malaysia. – SM

Artikel berkaitan > TMJ ‘spot check’ padang SNBJ, risau skuad kebangsaan cedera

(Visited 72 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button