EkonomiNasionalTeknologi

“Saya Ambil Masa Sehari Siapkan Frame Wall Art #KeluargaMalaysia,” – Doctor KAYU

Cuma ambil masa dalam sehari untuk siapkan frame wall art bertemakan Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang menekankan penggunaan papan kayu sebagai bahan utamanya.

Ujar perekanya, Muhammad Shairazi Shaifulizan, frame wall art terdiri daripada tiga lapisan yang berwarna gelap, berwarna gelap dan ada tulisan yang ditimbulkan.

“Selain mempromosikan frame wall art dengan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kami juga ada menjual frame wall art dengan harga super-bajet.

“Dalam masa sama, sekiranya pengunjung inginkan frame wall art dengan saiz A1 seperti terukirnya wajah Perdana Menteri, ia boleh ditempah dengan bajet RM1,800,” katanya.

Sekiranya pengunjung sekadar ingin mendapatkan frame wall art bersaiz kecil dan sederhana, ia ada dijual pada harga bermula RM50 dan ke atas mengikut reka bentuk.

Muhammad Shairazi berkata demikian kepada Suara Merdeka menerusi satu tinjauan dalam Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kepada pengunjung yang ingin bertanya lebih lanjut mengenai frame wall art ini, orang ramai juga boleh melayari laman media sosial ‘Doctor KAYU‘.

@suaramerdeka19

Padu giler.. memang suka dengan seni jenis macam ni!#keluargamalaysia

♬ original sound – Suara Merdeka – Suara Merdeka

(Visited 460 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button