Nasionalpilihan

PdPR bermula 13 Jun, SPM 2021 bermula Februari dan Mac tahun hadapan

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan bermula 13 Jun hingga 17 Julai.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ketetapan itu juga akan diguna pakai di semua sekolah termasuk swasta, antarbangsa dan ekspatriat.

“Selepas 25 hari tempoh tersebut, sekolah akan mula bercuti bermula 17 Julai hingga 26 Julai.

“Keputusan sama ada PdPR akan diteruskan atau tidak akan dimaklumkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum sekolah bermula berdasarkan situasi pada ketika itu,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Mengulas mengenai Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahu 2021, Dr Radzi berkata, calon-calon SPM tahun ini akan menduduki periksa pada tahun hadapan.

Jelasnya, ujian lisan dan amali sains akan bermula pada Februari 2022 dan peperiksaan bertulis pada Mac tahun hadapan.

“Kita mengambil kira keadaan semasa dan cabaran yang perlu dilalui oleh calon SPM 2021.

“Pengalaman kita dalam menguruskan SPM 2020 juga membolehkan kita mengangjakkan tempoh tarikh pelaksanaan SPM ke tahun 2022.

“Kita juga yakin segala proses berkaitan SPM tahun ini akan berjalan lancar seperti tahun lalu,” jelasnya. -SMNAS

(Visited 389 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button