Politik

Beri mandat Perikatan Nasional bangunkan Beruas

BERUAS 7 Nov.  – Pekan Beruas dan kawasan sekitarnya pernah mengecapi pembangunan pesat suatu ketika dahulu iaitu semasa dimenangi Gerakan di bawah Ahli Parlimennya, mendiang Tun Dr Lim Keng Yeik.

Mendiang menjadi Ahli Parlimen Beruas selama lima penggal iaitu sejak 1986 hingga 2008 (PRU7 – PRU 11) yang ketika itu juga merupakan Presiden Gerakan.

Apabila Beruas beralih wakil rakyat, pembangunan yang dikecapi beransur-ansur terhenti, malah tidak banyak yang dilakukan sepanjang tempoh itu hinggalah kini.

Hari ini, Beruas umpama pekan terpinggir berbanding kawasan terdekat seperti Manjung, Lumut dan Seri Iskandar walaupun jarak antaranya tidak jauh.

Sebab itu azam calon Perikatan Nasional di Parlimen Beruas, Ir. Ong Kean Sing, 43, ialah untuk mengembalikan pembangunan yang sepatutnya dinikmati rakyat Beruas.

Sekiranya diberi mandat sebagai Ahli Parlimen Beruas jika menang pada Pilihanraya Umum ke-15 ini, Ir. Ong Kean Sing sudah mempunyai perancangan untuk diketengahkan.

Kata Ketua Pemuda Gerakan negeri Perak ini, sebagai anak Beruas beliau mahu generasi muda di situ maju sepertimana penduduk bandar di Perak.

“Pengundi perlu yakin pada Perikatan Nasional (PN) untuk beri kami peluang menjadi kerajaan. Tempoh 15 tahun di bawah pentadbiran sama tanpa ada apa-apa cukup lama.

“Kita perlu berubah dan jangan sia-siaka masa depan generasi baharu Beruas. Saya anak Beruas dan berjuang untuk Beruas,” ujarnya.

Ir. Ong Kean Sing diletakkan sebagai calon Perikatan Nasional di Parlimen Beruas kerana karisma kepimpinan beliau sebagai pemimpin muda.

Beliau yang juga seorang jurutera bertauliah bebas daripada sebarang isu selain merupakan pemimpin yang bersih.

(Visited 385 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button