Nasional

PDK terima sumbangan daripada MAIPs

Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melahirkan keprihatinan kepada warga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di seluruh negeri ini dengan menyalurkan sumbangan untuk pengurusan bagi tahun 2021.

Majlis penyerahan sumbangan berkenaan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di pekarangan Dataran Jubli Emas, Masjid Alwi Kangar.

Sebanyak sembilan buah PDK yang dikendalikan oleh pelbagai komuniti dan NGO masing-masing menerima pengurniaan sumbangan RM2,000 yang disempurnakan baginda selaku Tuanku Yang DiPertua MAIPs.

Antara Pusat PDK yang terlibat adalah di Kangar, Residensi, Seri Kayangan, Felda Chuping, Felda Mata Ayer, Indera Kasih, Beseri, Sanglang dan Khalilu Bushro Kuala Perlis.

Ketua pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor berkata, sumbangan berkenaan adalah merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab MAIPs dalam membantu melancarkan lagi pengurusan pusat PDK yang kebanyakannya diuruskan oleh pihak NGO yang turut memberikan peluang peningkatan kemampuan urus diri dan kemahiran hidup anak-anak kelainan upaya yang sebahagiannya juga adalah dari kalangan warga asnaf.

“Asas latihan kemahiran ini penting dalam membantu anak-anak kelainan upaya untuk menguruskan diri serta dapat menggilap potensi dalam diri mereka untuk ikhtiar hidup mereka pada masa hadapan”, jelas beliau.

(Visited 324 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button