fbpx
Nasional

PBT digesa bantu, mudahkan usahawan tempatan

PIHAK berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara digesa bantu usahawan tempatan terutamanya soal lokasi perniagaan untuk tujuan francais.

Ini berikutan kesukaran dialami peniaga terutamanya melibatkan pembukaan gerai ataupun ‘food truck’ (kendera saji) yang mahu membuka perniagaan.

Beberapa halangan diakui peniaga terutamanya berkaitan dengan dasar PBT dan undang-undang apabila hendak berniaga di sesuatu kawasan.

Malah, pelbagai sebab ditunjukkan oleh pihak PBT juga menjadi faktor perniagaan dijalankan secara tanpa kebenaran di sesuatu kawasan.

“Jujur ingin saya katakan cabaran dalam membuka francais perniagaan antaranya kekangan daripada PBT yang melibatkan tempat perniagaan.


BACA > Aksesori khas Saga edisi ulangtahun ke-35 — Suara Merdeka

“Bermacam sebab atau alasan diberikan mereka seperti masalah trafik, gangguan kepada laluan awam, halang laluan, kebersihan dan sebagainya.

“Kami pun faham masalah sedemikian malah, ada yang kita boleh pertimbang semula.

“Ada yang kata, kalau awak berniaga dekat situ nanti orang lain pun hendak berniaga juga. Timbul isu kebersihan, kesesakan dan sebagainya.

“Kemudian saya cakaplah, tak timbul isu pun. Cara saya berniaga ada prosedur operasi standard (SOP), pengurusan perniagaan dan penjagaan kebersihan.

“Kalau orang lain hendak berniaga, mereka kena ikut macam kami buat. Kena ada SOP, penjagaan kebersihan dan sebagainya. Mereka kena transformasi.

BACA > Lebih epik dengan ‘Livik’ dalam PUBG Season 14 — Suara Merdeka

“Isu tempat pula, kita tranformasi kawasan berkenaan jadi tempat orang food truck berniaga. Tiada masalah pun.”

Demikian kata Pengurus Operasi, MD Foodstuff Sdn. Bhd. (MD Putu Bambu World), Mohamad Hassan dalam forum Sistem Francais dan Kelebihannya.

Forum anjuran Perbadanan Nasional Berhad (PNS) itu diterbitkan oleh Sinar Online secara dalam talian melalui Facebook dan Zoom.

Beliau juga menambah, lokasi perniagaan lain ditawarkan PBT apabila menolak cadangannya adalah tidak bersesuaian serta kurang pelanggan.

“Kita mempuyai alasan kenapa sesuatu tempat itu dipilih sebagai lokasi untuk membenarkan francaisi kita seorang usahawan tempatan membuka perniagaan.

“Kita juga menyedari masalah-masalah yang mungkin timbul namun mempunyai kaedah untuk menyelesaikannya ataupun mengelak daripada berlaku.

BACA > Elak jadi tempat longgokan, Kerajaan henti ambil pekerja asing — Suara Merdeka

“Kerana lokasi yang kita pilih mempunyai potensi untuk menarik ramai pelanggan dan dalam masa sama perniagaan dapat berjalan,” jelasnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button