Negeri

PBT Arah Kuil Kosongkan Tapak, Didakwa Ceroboh Tanah Kerajaan

SEBUAH kuil Hindu dakwa hampir 100 tahun di Gua Charas, Panching, Pahang menerima notis pengosongan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) baru-baru ini.

Kuil Jalalingeswarar Sivan yang juga menjadi salah satu tarikan pelancongan di kawasan itu diberi tempoh 30 hari untuk mengosongkan tapak selepas didapati menceroboh tanah kerajaan.

Notis berkenaan dikeluarkan pada 15 Mei 2025 di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 828) yang memperuntukkan tindakan terhadap mana-mana pihak yang menceroboh tanah milik kerajaan.

Menurut PBT, jika pihak pengurusan kuil gagal mematuhi arahan tersebut, mereka boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak pengurusan kuil berhubung tindakan penguatkuasaan tersebut.

Difahamkan, makluman serahan notis juga telah dihantar kepada Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang untuk tindakan lanjut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button