BeritaNasionalpilihan

Pekebun RISDA boleh mula mohon BMT

BAGI memastikan golongan masyarakat luar bandar dapat berhdapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini, pihak kerajaan telah mennyediakan Program Bantuan Musin Tengkujuh (BMT) melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

Menurut Pengerusi RISDA Datuk Seri Haji Mohd Salim bin Mohd Sharif, bantuan ini melibatkan peruntukan RM191 juta khusus kepada pekebun kecik dan penoreh getah yang berkelyakan dimana pendapatan mereka terjejas ketika musim tengkujuh nanti.

“Bantuan ini bakal menfaatkan seramai 232,319 orang pekebun kecil dan penoreh getah yang mempunyai keluasan kebun antara 0.1 hingga 2.5 hektar.

“Setiap penerima yang berkelayakan akan menerima bantuan sebanyak RM600 setiap seorang. Bantuan akan disalurkan sebanyak dua kali iaitu RM300 pada bulan November dan baki RM300 pada bulan Disember tahun ini berikutan bulan tersebut merupakan tempoh yang paling terkesan bagi golongan tersebut.” katanya lagi dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri RISDA di Ibu Pejabat RISDA pagi ini.

Bagi memastikan golongan sasar menerima bantuan pada tempoh yang telah ditetapkan, permohonan BMT 2022 telah dibuka mulai Mei dan ditutup 15 September ini.

Pihak RISDA sedang dalam proses pengemaskinian maklumat sedia ada serta menerima permohonan baharu bagi program bantuan ini.

Pekebun kecil dan penoreh getah dinasihatkan untuk melayari Portal Pekebun Kecil RISDA melalui pautan pekebunkecil.risda.gov.my atau hadir ke Pajabat RISDA berhampiran bagi mendapatkan informasi yang tepat bagi permohonan bantuan ini.

“Adalah diharapkan, dengan bantuan ini, ia dapat sedikit sebanyak meringankan beban pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas sepanjang tempoh musim tengkujuh kelak” ujar beliau lagi. – SM

Baca artikel ini > KPLB peruntuk RM2.5 juta untuk Program Tuisyen Khas anak pekebun kecil RISDA

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button