Nasionalpilihan

Belanja RM30 menangi pakej mengerjakan ibadah umrah

Bazar Fiesta Aidilfitri Pantai Klebang 2023

Hanya berbelanja sebanyak RM30 pengunjung Bazar Fiesta Aidilfitri Pantai Klebang 2023 berpeluang memenangi pakej mengerjakan ibadah umrah berharga RM8,000.

Pengunjung hanya perlu berbelanja sebanyak RM30 melalui satu resit melayakan mereka boleh menjadi orang paling bertuah menerima hadiah paling dinanti-nantikan.

Tidak hanya pakej mengerjakan umrah yang ditawarkan penganjur Bazar Fiesta Aidilfitri Pantai Klebang 2023 sebagai hadiah utama.

Turut ditawarkan loket emas, pakej percutian menginap di hotel berstatus tiga hingga lima bintang serta pelbagai barangan untuk dimenangi pengunjung yang berbelanja di Pantai Klebang.

Kemeriahan Bazar Fiesta Aidilfitri Pantai Klebang 2023.

Penganjurnya, Mohd. Nor Azlan Ariffin berkata, penganjuran bazar berkenaan telah menarik sebanyak 150 peniaga menjual pelbagai barangan kelengkapan buat umat Islam menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurutnya, antara pelbagai barangan yang dijual seperti tudung, baju Melayu, baju kurung, pakaian kanak-kanak, kasut, minyak wangi, aksesori wanita dan sebagainya boleh didapati di sini.

“Sambutan pengunjung setakat ini di bazar Pantai Klebang sangat positif khususnya pada cuti hujung minggu lalu.

Maskot Walt Disney antara tarikan buat pengunjung membeli-belah terhibur Bazar Fiesta Aidilfitri Pantai Klebang 2023.

“Kemeriahan amat dirasakan menyaksikan ribuan pengunjung berpusu-pusu datang ke Bazar Fiesta Aidilfitri Pantai Klebang 2023.

“Saya menjangkakan lebih ramai pengunjung akan menyerbu bazar ini menjelang beberapa hari lagi sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri,” ujarnya di sini hari ini.

Mohd. Nor Azlan berkata, selain gerai menjual pelbagai kelengkap menyambut Aidilfitri, orang ramai juga boleh melepaskan penat lelah dengan beberapa gerai makan dan minuman yang disediakan di sini.

Menurutnya, pentas utama hampir setiap malam membuat persembahan hiburan bagi memeriahkan bazar ini.

Beliau berkata, penyanyi yang juga vokalis kumpulan Data, Shidi atau nama sebenarnya Rashidi Rashid akan membuat persembahan selama sejam setengah di pentas utama bazar itu pada 15 April ini.

“Bagi peminat Shidi yang pernah menyertai Gergar Vaganza pada 2016 boleh datang beramai-ramai untuk menyaksikan penyanyi kesayangan mereka beraksi.

“Selain itu, penyanyi tempatan Azrol yang mendapat jolokan Ahmad Jais Melaka juga akan turut memeriahkan malam tersebut yang turut disertai kumpulan band Romeo,” ujarnya.

Bazar mula dibuka pada pukul 6.00 petang berakhir pada pukul 2.00 pagi. – SM

(Visited 315 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button