EkonomiNegeri

PBD bekal petrol, diesel melalui PCS ROVR pertama di Sabah

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), syarikat perkhidmatan membekal petrol dan diesel melalui Portable Container  System (PCS ROVR) ROVR membekalkan Sistem Kontena Mudah Alih Mini ROVR pertama di Malaysia.

Sistem Kontena Mudah Alih Mini ROVR ini dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di Beaufort, Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.

Alexander berkata, PCS ROVR merupakan satu model pembekalan stesen minyak yang  dikawal selia oleh KPDNHEP di bawah Akta Kemajuan Petroleum (PDA) 1974  (Akta 144).

GAMBAR SIAKAP KELI

“Ia sangat berguna untuk tempat-tempat yang tiada stesen  minyak atau stesen minyak itu tidak dapat digunakan akibat daripada  bencana alam seperti banjir dan tanah-runtuh,” katanya

PCS ROVR Beaufort, kata Alexander, adalah antara PCS ROVR dalam perancangan  pembekalan PDB kepada masyarakat luar bandar di Sabah.


Justeru PCS ROVR Beaufort telah mula beroperasi sejak 26 November 2021.

“Pada ketika ini ia  merupakan satu-satunya PCS ROVR berjenama PETRONAS yang sedang  beroperasi di Sabah.

“Setakat ini perkhidmatan PCS ROVR mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk  setempat iaitu dengan jualan harian melebihi sasaran,” ujarnya.

Beliau berkata, terdapat dua unit PCS ROVR berjenama PETRONAS sedang  dibina selain PCS ROVR Beaufort yang mana tapak pembinaannya telah  diluluskan oleh KPDNHEP dan dijangka akan beroperasi pada tahun ini.

Selain PCS ROVR Beaufort di bawah PDB, terdapat empat unit PCS ROVR jenama lain yang sedang beroperasi di Sabah, katanya.

Untuk rekod, jumlah keseluruhan PCS  ROVR yang beroperasi di Sabah pada ketika ini ialah sebanyak lima unit.

Difahamkan, PETRONAS sedang menimbang untuk menjadikan PCS ROVR  sebagai model stesen minyak mini di masa akan datang dengan modal yang  mampu milik bagi pengusaha/peniaga kecil.

Dan tidak memerlukan tanah  yang luas untuk beroperasi bergantung kepada jumlah penduduk, kenderaan serta keperluan petrol di sesebuah lokaliti yang tidak mendapat  perkhidmatan stesen minyak perkhidmatan penuh (full-pledge petrol  station).

KPDNHEP yang bertanggungjawab mengawal selia serta memajukan  perdagangan dalam negeri dan pada masa sama, menjaga kepentingan  pengguna.

KPDNHEP juga sentiasa mengalu-alukan dan menyokong inovasi dan cara baharu perniagaan yang boleh mendatangkan nilai tambah dan faedah  kepada pengguna. – SUMBER DAILYTV.MY – SM

(Visited 62 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button