Politik

Kemuka rayuan kes Rafizi, pegawai pejabat peguam negara bakal kena tindakan

Peguam Negara, Tommy Thomas berikrar mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawainya yang telah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Ini berlaku selepas pegawai Jabatan Peguam Negara mencabar keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi dan kerani bank, Johari Mohamad atas tuduhan di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia).

“Saya tidak sedar bahawa rayuan difailkan. Saya tidak mengarahkan pegawai saya untuk merayu kes ini.

“Ini keingkaran yang jelas. Saya akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka yang bertanggungjawab, “katanya kepada Malaysiakini.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mensasarkan Peguam Negara, Tommy Thomas selepas rayuan difailkan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam melepaskan dan membebaskan beliau dan kerani bank, Johari Mohamad atas tuduhan di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia).

Bekas anggota parlimen Pandan itu juga berharap Thomas melakukan perkara sama dengan mengheret ahli keluarga bekas menteri Shahrizat Abdul Jalil yang terbabit dalam kes National Feedlot Corporation (NFC) ke muka pengadilan.

“Peguam Negara telah memfailkan rayuan untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi berhubung Bafia dalam kes NFC.

“Saya harap dia berusaha membawa ke muka pengadilan ahli keluarga bekas menteri yang mendapat manfaat daripada RM250 juta. Tiada seorang pun daripada mereka telah didakwa di mahkamah setakat ini,” katanya menulis di Twitter petang ini.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, Rafizi berkata beliau mengakui adalah hak Peguam Negara untuk membuat rayuan.

Bagaimanapun katanya beliau mendapati adalah aneh apabila seseorang yang dilantik melaksanakan pembaharuan, sebaliknya membuat keputusan bermotifkan politik yang diwarisi daripada kerajaan sebelum ini.

“Pada tahap peribadi, sudah tentu ia adalah ironi terbesar bahawa Thomas menjadi AG daripada kerja keras orang seperti saya yang meletakkan tengkuk kam  untuk menukar kerajaan, hanya untuk beliau menunjukkan penumpuan berlebihan dalam mengekalkan hukuman penjara terhadap saya.

“Sebaliknya ini adalah terlalu jelas. Dia menggunakan kuasanya untuk menarik balik kes terhadap pemimpin Pakatan Harapan lain, termasuk (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng dan (Ketua Penerangan Amanah) Khalid Samad, namun dia mengejar hukuman penjara terhadap saya sehingga ke mahkamah yang terakhir.

“Lebih-lebih lagi apabila dia tidak melakukan apa-apa untuk membawa mereka yang di belakang NFC untuk bertanggungjawab terhadap RM250 juta – dia boleh kata dia telah cuba untuk mendapatkan kembali wang melalui saman sivil itu, tetapi orang-orang ini masih tidak dipertanggungjawabkan atas semua wang rakyat yang mereka belanjakan,”katanya.

Menurut Rafizi, keputusan pembebasan oleh mahkamah tinggi adalah isu undang-undang yang jelas, di mana pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti yang memenuhi kehendak Akta Keterangan.

“Saya bayangkan ia adalah satu kes mudah. Tetapi  dia (Thomas) ada hak (membuat rayuan) dan ia akan diadili oleh orang ramai, “katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Rafizi tidak terkejut dan tidak gentar dengan perkembangan terkini itu.

“Pasukan saya jangka Peguam Negara akan membuat rayuan supaya kami bersedia di mahkamah. Kita mempunyai kes yang kuat, jadi kita akan melalui proses mahkamah,”katanya.

Pada 15 Nov lalu Mahkamah Tinggi Shah Alam mengetepikan sabitan terhadap Rafizi dan bekas kerani Public Bank Johari Mohamad kerana melanggar akta Bafia dan membebaskan serta menggugurkan tertuduh daripada hukuman penjara 30 bulan yang dikenakan sebelum ini.

Terdahulu kedua-duanya dijatuhkan hukuman berkenaan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 7 Februari 2018 selepas Hakim Zamri Bakar mendapati mereka bersalah kerana mendedahkan data perbankan dari akaun NFC.

Untuk rekod, Bafia telah dimansuhkan pada tahun 2013.

Kedua-dua mereka didakwa pada 2012 kerana melanggar Seksyen 97 Bafia bagi pendedahan empat akaun milik NFC dan Mohd Salleh, yang merupakan suami bekas ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil.

(Visited 159 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button