Nasionalpilihan

Kementerian Pertahanan perhalusi cadangan PVATM – Adly Zahari

Kementerian Pertahanan akan memperhalusi cadangan daripada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) yang meminta kerajaan meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) yang akan tamat penghujung tahun ini.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, pihaknya akan melihat semula pemberian PKKP yang akan tamat hujung tahun ini untuk dibawa dalam mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) tidak lama lagi.

“Cadangan daripada PVATM baru-baru ini akan kita lihat balik dan dibincangkan dalam mesyuarat MVK di mana wakil-wakilnya terdiri daripada persatuan veteran itu sendiri.

“MVK ini adalah badan tertinggi untuk menentukan hala tuju dan kebajikan veteran ATM dan sebarang keputusan yang dibuat akan diputuskan oleh MVK.

“Fokus kita terhadap veteran ATM khusus kepada kebajikan, kesihatan, pendidikan, perumahan dan terkini bagaimana kita boleh bantu usahawan golongan ini,” ujarnya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Program Outreach & CSR Perkeso 2023 di Dewan Serbaguna Felda Tun Ghafar Hutan Percha di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri, Abd. Razak Omar.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa PVATM memohon kerajaan meneruskan pemberian PKKP pada tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya.

Presidennya, Datuk Sharuddin Omar berkata, PKKP yang akan ditamatkan hujung tahun ini, wajar diteruskan sebagai menghormati dan menghargai jasa-jasa perkhidmatan serta pengorbanan veteran anggota tentera kepada negara.

Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu pula mengisytiharkan pindaan undang-undang berkaitan pencen yang membenarkan kenaikan dua peratus setiap tahun bermula 2013 sebagai tidak sah.

Mahkamah memutuskan undang-undang pencen yang dipinda sebagai terbatal dan tidak sah selepas menolak rayuan kerajaan serta Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membatalkan keputsan terbabit.

Mengulas lanjut Adly berkata, pihak kementerian akur dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

Sehubungan itu katanya, pihak kementerian telah mengemukakan beberapa cadangan supaya keputusan boleh dibuat supaya ia memberi manfaat kepada veteran yang pencennya adalah rendah. – SM

habis…./

(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button