Negeri

Sabah jangka buka semula pintu pelancong antarabangsa 1 Sept. ini

SOP perlu dipatuhi

SUDAH boleh melancong dalam negara sendiri. Mulai 1 September nanti, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew, kerajaan negeri membuka semula pintu kepada pelancong termasuk pelancong antarabangsa.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata, pembukaan semula itu akan dilakukan dengan melihat kepada keadaan semasa pandemik Covid-19.

Memetik laporan BERNAMA, Christina juga memberitahu bahawa pembukaan semula pintu kepada pelancong khususnya pelancong luar, juga berdasarkan kepada nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) di samping mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

PKR Sabah kekal sokong Shafie Apdal | Nasional | Berita Harian

“Kami menantikan pembukaan semula sektor antarabangsa (pelancong) tetapi dalam masa yang sama, kami sangat selektif,” katanya selepas melawat pasar malam Api-Api di Jalan Gaya, malam tadi.

Lawatan Christina ke pasar malam adalah untuk meninjau dan melihat sendiri sama ada para peniaga pasar malam dan pengunjung mematuhi SOP khususnya menjaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter, memakai pelitup muka (face mask) dan menggunakan hand sanitizer sekerap mungkin.

Christina menambah, agensi di bawah kementeriannya terutamanya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) selalu mengikuti maklumat berkaitan perkara itu (pembukaan pintu pelancongan kepada pelancong asing) dari negara lain.

Beliau berkata, kerajaan negeri Sabah telah membuka semula sektor pelancongannya secara berperingkat-peringkat dengan membenarkan operasi pasar malam di Jalan Gaya itu.

“Kami juga membuka kembali aktiviti mendaki di Gunung Kinabalu sejak 16 Mei lalu dan telah menarik kira-kira 2,000 pendaki yang kebanyakannya adalah pendaki atau pengunjung tempatan,” katanya.

GAMBAR GOOLE FH MEDIA/Pasar Malam Api Api di Jalan Gaya

Sementara itu, mengenai pelancong dari China pula yang menjadi penyumbang paling ramai kepada industri pelancongan Sabah sebelum kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu ekoran langkah sekatan untuk memutuskan rantaian Covid-19, Christina berkata:
“Satu pertemuan akan diadakan dengan Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Liang Caide pada minggu hadapan mengenai perkara itu.

“Kita akan berbincang dan tunggu apakah jalan yang terbaik yang diperoleh hasil daripada perbincangan itu kelak.”

Christina menegaskan, bukan semua kawasan di negara Republik China itu terjejas dengan Covid-19 dan tambah beliau lagi, pertemuan itu nanti akan membincangkan antara lainnya, mengenai bagaimanakah caranya untuk  mempercepatkan kedatangan pelancong dari kawasan berkenaan ke Sabah.

Untuk rekod, dari Januari hingga November tahun lepas, Pelancongan Negeri Sabah (STB) merekodkan sebanyak 3.766 juta kedatangan pelancong dengan kebanyakannya adalah pelancong dari China. – SM

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button