Nasional

Tak patuh SOP, dua tapak pembinaan diarah tutup

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengarahkan dua tapak pembinaaan iaitu masing-masing di Melaka dan Perak ditutup kerana tidak prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

CIDB dalam kenyataannya berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan Operasi Bersepadu SOP COVID-19 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Melaka.

“Kesalahan yang dikesan di tapak pembinaan di Melaka tiada rekod pengurusan pekerja dan saringan gejala; beroperasi melebihi kapasiti 60 peratus pekerja; tiada saringan suhu dilaksanakan di pintu masuk yang digunakan serta tiada kenderaan yang disediakan oleh syarikat bagi pergerakan pekerja.

“Di Perak pula, sebanyak sembila tapak pembinaan telah diperiksan di mana satu daripadanya didapati tidak patuh SOP.

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah pengisytiharaan untuk kebenaran beroperasi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) didapati bercanggah di tapak beroperasi dan rumah penginapan pekerja disediakan di tapak bina tiada kelulusan JTK atau pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Selain itu, tapak bina berkenaan juga beroperasi melebihi kapasiti 60 peratus pekerja dan kebanyakan pekerja tidak mematuhi SOP tapak bina. Berikutan itu, satu Notis N3E/2021: Notis Pemberhentian Kerja Pembinaan (pelanggaran kewajipan oleh kontraktor) sudah diberikan,” katanya.

Susulan itu, kedua-dua tapak pembinaan itu telah diarahkan berhenti operasi serta merta kerana kerana ketidakpatuhan terhadap senarai semak SOP MKN COVID-19, Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) bagi sektor pembinaan dan lain-lain kesalahan.

Jelasnya, Notis N3E/2021: Notis Pemberhentian Kerja Pembinaan (pelanggaran kewajipan
oleh kontraktor) juga dikeluarkan di kedua-dua tapak pembinaan.

“Tapak pembinaan di Melaka juga telah dikeluarkan Notis N2/2015: Mengemukakan Maklumat Mengenai Industri Pembinaan (kontraktor),” katanya.

Dalam pada itu, sejak 1 Jun lalu, sebanyak 4,067 tapak bina sudah diperiksa iaitu 781 (19%) tapak pembinaan didapati beroperasi, manakala 3,286 (81%) tidak beroperasi.

Dalam pemeriksaan yang diadakan itu, sebanyak 187 tapak pembinaan diarah tutup kerana tidak mematuhi SOP MKN dan 41 daripadanya kini sudah dibenarkan dibuka semula.

Tapak bina yang ditutup itu adalah 54 terletak di Sarawak; Selangor (42); Melaka (15); masing-masing 11 tapak bina di Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur; sembilan di Johor; Negeri Sembilan (lapan) dan enam masing-masing di Perak, Terengganu dan Pahang.

“Selain itu tiga masing-masing di Kedah dan Perlis dan dua di Kelantan,” katanya. -SM

(Visited 245 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button