BeritaNasional

MBPJ lancar pelan strategik pembangunan usahawan

DALAMusaha memastikan usahawan mikro (penjaja) tidak ketinggalan dan terus berdaya saing dalam konsep  Perniagaan masa kini, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Usahawan Petaling Jaya 2021-2030 bagi meningkatkan pembangunan keusahawanan selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Wabak COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada perusahaan berasaskan perkhidmatan kerana secara amnya memerlukan kehadiran pelanggan secara fizikal.

Walaubagaimanapun semenjak pandemik, sudah ramai usahawan kecil telah mula beralih arah mengintegrasikan pelantar digital sebagai strategi baharu dalam perniagaan.

Atas kesedaran dan perkembangan teknologi semasa dalam perniagaan maka dengan itu, Majlis telah Membangunkan garis panduan yang memfokuskan kepada empat  strategi utama iaitu:

Menambahbaik infrastruktur dan penempatan usahawan,

Membangunkan modal insan usahawan

Memperkukuh ekonomi usahawan berdaya tahan dan

Memantapkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan untuk keberkesanan institusi dan usahawan
dalam pembangunan usahawan.

ajlis telah melaksanakan pembangunan modal insan kepada usahawan mikro melalui kursus-kursus yang  dianjurkan sejak Oktober 2021.

Berdasarkan rekod, seramai 180 orang usahawan mikro telah menyertai kursus tersebut dan hasil kaji selidik mendapati 14 peserta daripadanya tidak menggunakan media sosial sebagai teknik pemasaran mereka.

Justeru itu, dalam memastikan usahawan mikro ini terus berdaya tahan dan dapat menempuh pelbagai cabaran ekonomi di masa akan datang, Pelan Strategik Pembangunan Usahawan Petaling Jaya 2021 – 2030 dibangunkan untuk tujuan berikut :

Mewujudkan infrastruktur yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda pembangunan
usahawan yang inklusif, seimbang dan mampan.

Membentuk usahawan mikro yang berpemikiran dan berbudaya keusahawanan yang
berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan, berfikiran global dan kompetitif.

Memantapkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan untuk keberkesanan organisasi
bagi pembangunan usahawan.

Majlis telah merangka dan menyediakan kursus keusahawan yang memberi penekanan aspek digital sebagai medium perniagaan yang perlu dimanfaatkan kepada semua usahawan mikro atau golongan B40 supaya tidak ketinggalan dan terus maju. Lebih menarik, kursus-kursus yang ditawarkan ini adalah percuma.

Dalam usaha menambahkan minat dalam kalangan usahawan mikro ini, Majlis akan memberi pengiktirafan kepada mereka yang cemerlang dalam perniagaan hasil daripada modul kursus yang telah disertai.

Usaha ini dilakukan supaya golongan ini dapat digilap menjadi usahawan pintar serta menjadi contoh kepada usahawan mikro yang lain.

Untuk makluman, usahawan mikro perlu menjalani kursus mengikut tahap yang telah ditetapkan.

Pada Tahap 1, para usahawan akan diberikan penerangan asas berkaitan usahawan digital serta penerangan produk daripada Kerajaan Negeri Selangor yang disampaikan oleh SELDEC dan Yayasan Hijrah Selangor.

Kursus ini telah pun diadakan sebanyak empat kali sejak 28 Oktober 2021 hingga 1 Mac 2022.

Manakala kursus Tahap 2 akan diadakan pada 23 Mac 2022 dimana para usahawan akan diajar tentang pengurusan media sosial dan pengurusan data pelanggan. Pada tahap ini juga, peserta akan diberi pendedahan lebih kepada latihan praktikal selain dapat mempelajari teknik ‘copy writing’ yang berkesan untuk memajukan perniagaan.

Seterusnya pada Tahap 3 kursus ini akan dikelolakan dengan rakan stretagik Majlis iaitu INSKEN yang merupakan agensi di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program-program latihan dan bimbingan.

Peserta yang berkelayakan akan dihantar ke INSKEN untuk digilap dan dipantau perkembangan perniagaan  mereka.

Kursus ini akan diadakan pada bulan Mei 2022.

(Visited 383 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button