Agama

Dua anak muda ini jejak kaki di Mekah belajar sambil bekerja

Tidak ramai anak muda yang sanggup cuburi bidang dalam pengurusan Haji dan Umrah namun bagi dua orang anak muda Ean dan Aishah berjaya buktikan bahawa pekerjaan sebagai mutawif merupakan bidang yang tepat untuk dijadikan kerjaya buat mereka.

Jika kebanyakan anak muda lebih cenderung memilih pekerjaan yang lebih mudah dan menjanjikan gaji yang lumayan tanpa perlu berpenat lelah, mereka yang membulatkan hati memilih Diploma Pengurusan Haji dan Umrah.

Dua anak muda ini jejak kaki di Mekah belajar sambil bekerja

Ean atau nama sebenarnya, Muhammad Aries Sofean Mohd Nor, yang berusia 21 tahun, memilih pengajian berkenaan kerana minat selain menyifatkan pekerjaan sebagai seorang mutawwif adalah kerjaya yang mulia.

Muhammad Aries Sofean Mohd Nor, yang berusia 21 tahun, memilih pengajian berkenaan kerana minat selain menyifatkan pekerjaan sebagai seorang mutawwif

Ean yang merupakan pelajar kumpulan pertama pengajian tersebut di YEG Academy (M) Sdn. Bhd. berkata, pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan adalah menjalani latihan praktikal selama tiga bulan di Mekah dan Madinah.

“Tempoh pengajian adalah dua tahun setengah, dua tahun hanya belajar teori selebihnya praktikal di sana. Saya masih ingat, saya adalah pelajar pertama yang dihantar ke Mekah pada bulan Februari 2022.

“Waktu itu, sempadan negara baru sahaja di buka selepas penularan virus Covid-19. Perasaan ketika itu saya tidak boleh gambarkan kerana tidak tahu keadaan di sana dan ada atau tidak pekerjaan selepas praktikal memandangkan keadaan pasaran industri haji umrah yang tidak menentu ketika itu.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Sepanjang tiga bulan saya merasai sendiri realiti pekerjaan seorang mutawwif, ada manis dan pahitnya.

“Pengalaman paling berharga adalah saya dapat ilmu pengurusan jemaah, pengangkutan, penginapan dan ilmu sirah Nabawiah. Semuanya dapat dipelajari dalam tempoh tiga bulan di sana,” ujar Ean.

Selepas menjalani praktikal, Ean bertekad untuk bekerja sebagai seorang mutawwif dan selepas hanya 15 hari menamatkan latihan praktikal, dia terus ditawarkan pekerjaan tetap di Andalusia Travel and Tours.

“Biasanya kita dengar keluhan graduan yang sukar dapat kerja selepas tamat belajar, tetapi saya bersyukur Allah beri rezeki untuk saya terus mendapat pekerjaan pada usia 21 tahun.

“Cuma saya ingin pesan kepada mereka yang bercita-cita untuk menjadi mutwawif jangan melihat pada gaji lumayan semata-mata, sebaliknya lihatlah pada kemuliaan dan keberkataan yang diperoleh menerusi pekerjaan ini.

“Bagi saya perkara yang sangat mahal adalah, saya dapat bekerja dan beribadah serentak. Sambil bekerja sambil mengumpul pahala,” tutur Ean yang sudah setahun bekerja secara tetap sebagai Pegawai Haramain dan Pemasaran.

Sementara itu, seorang lagi graduan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah dari YEG Academy, Syaidatul Aishah Jusoh, 21, menjelaskan, dia memilih bidang ini kerana dari kecil bercita-cita untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci.

Syaidatul Aishah Jusoh, 21,

Namun, pada pemikirannya cita-cita berkenaan hanya dapat dicapai ketika berusia emas kerana sedar kos tinggi yang diperlukan untuk menjalani ibadah umrah mahu pun haji.

“Rezeki saya mendapat biasiswa daripada YEG Academy. Seluruh kos pengajian sehingga praktikal semua ditanggung tanpa saya perlu keluarkan wang sesen pun.

“Ketika pertama kali melihat Kaabah sebagai seorang jemaah dan pelajar praktikal saya tidak tahu hendak gambarkan perasaan seronok, sebak dan sedih semuanya ada.

“Sebelum itu saya memang tidak pernah sampai ke Mekah dan Madinah, menerusi pengajian ini saya berpeluang ke sana secara percuma,” ujar Aishah.

Tambah Aishah yang ditawarkan pekerjaan tetap pada hari terakhir menjalani latihan praktikal, niatnya hanya satu iaitu ingin menjadi orang tengah yang memudahkan orang ramai melakukan ibadah umrah mahupun haji.

“Jika saya bekerja sebagai mutawifah yang membimbing jemaah wanita, saya memperolehi gaji, pengalaman, ilmu, manfaat dan paling penting pahala,” luah Aishah yang berasal dari Kelantan.

Selain Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, YEG Academy turut menawarkan Sijil Profesional Haji dan Umrah buat golongan dewasa yang ingin menambah  ilmu atau membina kerjaya sebagai seorang mutawwif dan mutawifah.

Dalam pada itu, pada program Melahirkan Mutawwif Profesional 2.0 yang berlangsung di IDCC, Shah Alam, Selangor pada 24 Jun lalu, seramai 2,000 orang dari seluruh negara termasuk Brunei hadir untuk mendaftar sebagai pelajar.

Melihat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja daripada pelajar lepasan SPM, tetapi juga golongan dewasa pihak YEG Academy yakin industri haji dan umrah negara akan berkembang dengan pesat pada masa depan.

Pengarah Urusan YEG, Hasan Ithnin berkata, pihaknya agak terkejut melihat sambutan luar biasa daripada bakal pelajar yang berminat mengikuti Diploma Pengurusan Haji dan Umrah dan Sijil Profesional Haji dan Umrah.

“Kami sasarkan sekitar 1,000 orang sahaja yang akan hadir, tetapi yang datang untuk mendaftar dan mengetahui lebih lanjut tentang bidang ini adalah lebih 2,000 orang.

“Ada yang datang dari jauh termasuk Brunei. Sambutan memberansangkan ini membuatkan pihak kami lebih bersemangat untuk memberi yang terbaik bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga untuk kemajuan ummah,” tutur Hasan.

Sementara itu, seramai 2,000 orang hadir pada program Melahirkan Mutawwif Profesional 2.0 di IDCC, Shah Alam, pada 24 Jun lalu.

Artikle Berkaitan ;>

Mula kurangkan ambil job drama, Zul Ariffin akan berhijrah ke Mekah pada Januari

Imam Masjid Mekah lakukan solat sunat ghaib buat arwah Siti Sarah

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button