fbpx
Politik

PAU 2019 Bukti UMNO Terus Relevan, Benteng Pertahan Maruah Bangsa

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019, yang bakal berlangsung Rabu ini menjadi bukti bahawa parti tersebut terus relevan dalam perjuangannya sebagai parti politik yang mendukung cita-cita Kebangsaan demi mengekalkan maruah dan martbat agama, bangsa dan negara.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri Pahang, Mohd Farid Mohd Nor berkata, selepas Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), ramai yang memandang sinis apabila UMNO menyambut Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali pertama sebagai pembangkang tahun lalu.

Lebih menyedih dan menghiris hati apabila ada dikalangan bekas pemimpin UMNO yang telah berpaling tadah mengeluarkan kenyataan seakan UMNO telah berkubur namun kini jelas kelihatan bahawa semangat ahli parti keramat ini terus meningkat apatah lagi dengan rantaian kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK).

“’PAU? Oh, ada lagi PAU? Saya fikir dah habis (kena) tapau!’ Inilah kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila diminta mengulas mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2018. Secara jujur itulah kenyataan paling pedih dan perit yang pernah saya dengar apatah lagi pada ketika itu UMNO masih terkial-kial mengurus kekalahan dan segalanya masih serba tidak menjadi tapi kini setelah setahun PAU 2018 berlalu, jujur saya melihat keyakinan baru dikalangan ahli UMNO untuk melihat masa hadapan.

“Menang empat PRK, mengalahkan PPBM dua kali, PKR sekali dan Dap sekali sudah cukup untuk menaikkan semangat orang UMNO bahawa UMNO tidaklah berkubur sepenuhnya. Namun jangan sampai kemenangan ini melekakan kita kerana kita mahukan proses pembinaan semula UMNO sebagai sebuah organisasi yang berwajah baru, inklusif, berhaluan sederhana, terbuka serta boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini,” ujar beliau kepada UMNO-ONLINE.

Tambah Farid, memandangkan UMNO mahu kembali ke Putrajaya maka UMNO perlu kembali kepada sifat asalnya.


“Tanjung Piai membuktikan semangat itu apabila laluan diberi kepada MCA atas semangat permuafakatan dan dibantu oleh rakan kongsi baru iaitu PAS menyerlahkan lagi kesediaan rakyat bagi memaafkan kesalahan dan kelemahan kita terdahulu.

“Hakikatnya kita adalah pelopor kepada semangat perkongsian kuasa melalui penubuhan Perikatan dan kemudiannya BN, UMNO tidak boleh lari dari semangat ini walaupun kini bergelar pembangkang. Atas asas ini, persidangan kali ini penting dalam membentuk pemikiran dan naratif dikalangan ahli UMNO bahawa UMNO tetap UMNO yang dahulu, berpendekatan sederhana, tidak ekstrem mahupun ‘ Ultra Malay’, responsif kepada semua bangsa dan agama dan boleh bertolak ansur bersama dengan rakan-rakan komponen dalam BN.

“UMNO tidak perlu mengubah asas dan pendekatan perjuangannya untuk berwajah baru… yang baru adalah UMNO yang bersatu-padu, mesra dan terbuka kepada orang muda, kepimpinan yang bukan sahaja bersih tetapi dilihat bersih dan yang mampu menerima pandangan serta pemimpin berani meletakkan kepentingan perjuangan mengatasi kepentingan peribadi,” jelas beliau.

Mengulas lebih lanjut Farid berkata, UMNO kini lebih kuat berbanding zaman ketika UMNO punya kuasa kerana mereka yang ‘menunggang’ UMNO demi pangkat, kedudukan dan kekayaan semata-mata telah meninggalkan UMNO, yang tinggal kini hanyalah mereka yang setia dan sedia berjuang di saat yang sukar.

“Masa akan menentukan, UMNO, MCA, MIC dan kerjasama bersama PAS melalui Muafakat Nasional akan kembali menjadi wadah untuk rakyat mengembalikan negara ini kepada Malaysia yang dulu, Malaysia yang sebenar, bukan Malaysia baru yang penuh dengan hipokrasi dan ‘kelentongkrasi’.

“Justeru, gunakanlah platform PAU kali ini sebaik mungkin untuk kita memacu kemenangan dalam PRU-15 seterusnya menuju ke Putrajaya,” tegas beliau lagi. – UMNO ONLINE

Show More

Related Articles

Back to top button