Nasional

Patuh SOP sambut Deepavali, 3 dibenarkan dalam satu kenderaan – Ismail Sabri

PIHAK berkuasa akan pertingkatkan Sekatan Jalan Raya (SJR) menjelangnya sambutan Deepavali esok, kata Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam rutin harian sidang akhbar hari ini.

Beliau menegaskan, sama seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Polis akan mengadakan rondaan di kawasan-kawasan perumahan dan perkampungan agar prosedur standard operasi (SOP) dipatuhi.

“Di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hanya keluarga dalam satu rumah merayakan Deepavali.

“Bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula jiran boleh berkunjung dan meraikan Deepavali tetapi tidak melebihi 20 orang dalam satu-satu masa dan PKPB dan PKPD tetap tidak membenarkan rentas negeri dan daerah,” ujar beliau.

Ismail Sabri menambah, SJR akan dilakukan di sempadan negeri iaitu selepas tol.

“Banyak SJR akan dilakukan termasuk antara daerah dan daerah. Saya harap tidak ada yang berniat balik kampung, rentas negeri atau daerah kerana waktu raya puasa, kita terima banyak laporan kereta diarah patah balik.

“Lebih baik tak payah. Tak perlu teruskan pergerakan rentas negeri kerana menyukarkan kalau ada arahan putar atau berpatah balik,” katanya.

Beliau berkata, sebenarnya tidak ada banyak perbezaan SOP pada waktu sambutan Hari Deepavali atau mana-mana perayaan sekalipun.

Katanya, beliau tidak mahu ada mana-mana pihak tertentu yang tiup sikap perkauman dengan memberi tekanan menyusahkan pada sambutan Hari Deepavali.

“Semasa Hari Raya Aidilfitri, masjid-masjid ditutup dan tidak dibenarkan pergerakan. SOP sama untuk setiap kaum, agama dan sebagainya di negara kita. Tidak dibezakan. Terutama musim perayaan.

“Hari Raya Haji pun,  ibadah korban jumlah lembu banyak tidak dibenarkan. Makan beramai-ramai pun tidak dibenarkan. Makan berbungkus aje.

“Tanpa mengira kaum atau agama, bagi penganut agama Hindu yang perlu ke kuil, sentiasalah patuhi SOP dengan 30 orang sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa dengan tempoh masa 30 minit. Selepas itu, diselang selikan dengan sanitasi,” katanya.

Beliau juga memberitahu pada sidang akhbarnya, Polis memaklumkan setakat sekarang, aliran trafik terkawal dan tidak ada kesesakan lalulintas luar biasa.

“Patuh SOP yang telah diumumkan oleh kerajaan bagi menjaga keselamatan diri masing-masing walau pun semua orang hendak bergembira menyambut Deepavali.

“Harap patuhi SOP yang diumumkan kerajaan,” tegas Ismail Sabri sekali lagi.

Sementara itu, Ismail Sabri juga berkata, kelonggaran diberikan dengan membenarkan tiga orang dalam satu kenderaan.

“Kebenaran ini turut diberikan kepada pemandu e-hailing dan teksi iaitu 1 plus 2 – pemandu dan dua penumpang.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan mesyuarat khas hari ini dan mendengar serta menerima pandangan orang ramai,” katanya. – SM

 

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button