HiburanRencah HidupUncategorized

Rajin, tegas dan kuat! 9 orang tokoh berpengaruh di Malaysia yang lahir pada Tahun Lembu.

Selamat Tahun Baru Cina 2021! Kalau anda nak tahu, mengikut kalendar Cina tahun ini merupakan zodiak haiwan ox atau pun lembu.

Menurut masyarakat cina, mereka yang lahir pada tahun lembu iaitu tahun 1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997, 2009 adalah seorang yang rajin, bercita-cita tinggi, sabar, tegas dan kuat!

Oleh itu, Suara Merdeka sediakan kepada anda 9 orang tokoh dan individu berpengaruh di Malaysia yang lahir pada tahun lembu! Jom tengok biodata mereka!

1. Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

Tokoh Sejarawan Negara dan ahli akademik terkemuka negara dalam bidang sejarah Malaysia dan dunia. Beliau juga adalah salah seorang pengarang Rukun Negara.


Tarikh lahir  : 28 Mac 1937
Umur            : 84 tahun
Tarikh wafat : 28 Mei 2019
Tempat lahir : Kampar, Perak

Antara karya beliau ialah Songket : Seni Tenunan Warisan Tradisi (2007), Batik, a legacy of Datin Seri Endon Mahmood (2007/2008), 100 Years the University of Malaya (2005), Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail : the installation of His Majesty (2002), dan Darurat 1948-1960 (1948).

2. Dato’ Dr. Mohd Anwar Ridhwan

Beliau merupakan Sasterawan Negara ke-10 dan juga merupakan seorang penulis novel di Malaysia.

Tarikh lahir   : 5 Ogos 1949
Umur             : 72 tahun
Tempat lahir : Perak

3. Datuk Dr. Zurinah Hassan

Datuk Zurinah Hassan merupakan Sasterawan Negara ke 13 yang telah banyak menghasilkan pelbagai karya antaranya buku antologi sajak, antologi puisi, kajian sastera, autobiografi, memoir, antologi cerpen dan novel.

Tarikh lahir   : 13 Jun 1949
Umur             : 72 tahun
Tempat lahir : Alor Setar, Kedah

Antara karya beliau ialah Keputusan (Sajak), Sesekali Aku Menjauhkan Diri Dari Puisi, Tanjung Dawai, Sungai Tiang, Dari Gunung Jerai ke Pekan Rabu, Kuala Lumpur, Pantai Remis dan Bas Stand Kelang.

4. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah (Ku Li)

Ku Li merupakan Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan.

Tarikh lahir   : 13 April 1937
Umur             : 84 tahun
Tempat lahir : Kota Bharu, Kelantan

5. Datuk Seri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur, anak sulung kepada empat orang adik beradik ini merupakan Menteri Kewangan Malaysia.

Tarikh lahir   : 25 Jun 1973
Umur             : 48 tahun
Tempat lahir : Kuala Lumpur

6. Dato Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Dato Seri Hishamuddin memegang jawatan dalam Kabinet sebagai Menteri Luar Negeri.

Tarikh lahir   : 5 Ogos 1961
Umur             : 60 tahun
Tempat lahir : Petaling Jaya

7.  Datuk Seri Rina binti Mohd Harun

Siapa yang tidak kenal dengan YB Rina Harun kan? Beliau merupakan Ahli Parlimen bagi zon Titiwangsa dan kini menyandang jawatan sebagai Menteri Wanita dan Keluarga.

Tarikh lahir    : 18 April 1973
Umur              : 48 tahun
Tempat lahir  : Kuala Lumpur

Beliau juga merupakan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan pernah menjadi Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan.

8. YB Dato’ Sri Nancy binti Shukri

YB Nancy merupakan ahli politik dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak dan kini menyandang jawatan sebagai Menteri Wanita dan Keluarga.

Tarikh lahir   : 5 Ogos 1961
Umur             : 60 tahun
Tempat lahir : Kuching, Sarawak

9. DYMM Tuanku Zara Salim

Beauty with Brain, Tuanku Zara Salim merupakan permaisuri kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah dan Raja Permaisuri Perak yang dimasyhurkan pada 20 Jun 2014.

Tarikh lahir   : 22 Mac 1973
Umur             : 48 tahun
Tempat lahir : Ipoh, Perak

 

(Visited 1,971 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button