Nasional

Pasukan ResQ UPSI sumbang snek, minuman tenaga kepada petugas SAR Batang Kali

Prihatin dengan pasukan Search and Resque (SAR) tragedi tanah runtuh yang berlaku di Father’s Organic Farm, Batang Kali, turut mengundang komitmen pasukan penyelamat ResQ dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang turun padang menghulurkan bantuan kecemasan dengan menyumbang snek dan minuman tenaga kepada petugas.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata UPSI sentiasa prihatin dengan nasib yang menimpa masyarakat termasuklah dalam konteks menghadapi bencana alam.
“Namun, sumbangan besar pihak berkuasa penyelamat juga mendorong UPSI untuk menyampaikan bantuan atas rasa kemanusiaan ,” katanya.

Prof. Madya Dr. Muhammad Aqil Aryan Wong (dua dari kanan) dan Dr Omar Firdaus (kanan) menyampaikan sumbangan kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di kawasan tragedi tanah runtuh di Batang Kali.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Transformasi Universiti Komuniti (UCTC), Prof. Madya Dr. Muhammad Aqil Aryan Wong yang mengetuai misi ResQ Team, pada awalnya kehadiran pasukan sukarelawan tersebut di tempat kejadian pada malam 16 Disember untuk mengenalpasti keperluan bantuan sokongan menyelamat daripada pihak berkuasa.

“Ketika kami menyampaikan sumbangan, pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang giat melakukan tugas-tugas menyelamat ,” katanya.

“Berdasarkan saranan yang diterima oleh pihak berkuasa juga, tidak digalakkan untuk mengganggu kawasan zon merah semasa usaha menyelamat serta akur dengan arahan semasa, justeru, pihak ResQ Team cakna keperluan sokongan dengan menyediakan snek dan minuman tenaga kepada para petugas penyelamat,” jelasnya.

Katanya, sebanyak 600 unit botol minuman tenaga dan 900 unit snek tenaga diserahkan kepada urusetia Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk diagihkan kepada para petugas SAR serta pengamal media yang bergilir-gilir melakukan tugasan di zon merah tersebut.

“Keperluan makanan dan minuman tenaga ini difikirkan mudah dibawa dan disimpan para petugas semasa menyelamat di lapangan berjam-jam lamanya,” jelasnya lagi.

Menurut Felo UCTC, Dr Omar Firdaus Mohd Said , ResQ Team UPSI yang dilancarkan sejak era tahun 2000 menjadi pasukan sukarelawan penyelamat membabitkan kalangan warga universiti tersebut melibatkan bencana alam seperti banjir dan lebih 60 misi menyelamat dilaksanakan sehingga hari ini.

Terkini pasukan RESQ Team UPSI berada di negeri-negeri kawasan pantai timur untuk menyelamat mangsa banjir.

(Visited 270 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button