Politik

Terima kasih Maszlee bantu sekolah daif, tapi Karim ada agenda

ANGKATAN Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak hari ini menempelak kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pelancongan Sarawak,

Datuk Karim Hamzah yang mendakwa bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik melarang ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menghadiri majlis jemputan pihak sekolah.

Menurut ketuanya Alexander Frusis, Karim mungkin sudah lupa yang Maszlee tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk melarang penglibatan wakil rakyat GPS untuk menghadiri program-program jemputan oleh pihak sekolah.

“Ia sebenarnya adalah pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2008 dan pada ketika itu, Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang memerintah.

“Mungkin Karim lupa yang Kerajaan Negeri Sarawak juga melarang penglibatan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat untuk menyertai sebarang aktiviti yang bukan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dan ia adalah bukti bahawa sebenarnya ADUN Asajaya itu sengaja memutar belit isu itu demi kepentingan politiknya,”katanya.


Alexander pada masa sama juga merakamkan ribuan ucapan terima kasih kepada Maszlee kerana telah begitu komited, berani serta memahami kehendak warga pendidik khususnya, selama tempoh 20 bulan beliau menjalankan tanggungjawab itu.

Katanya, antara kejayaan besar yang beliau telah lakukan untuk Sarawak adalah memberi perhatian kepada pembinaan sekolah daif di kawasan pedalaman yang selama ini tidak pernah dilakukan oleh Kerajaan  Pusat ketika era sebelum ini mahupun Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun menurut Alexander kekosongan jawatan Menteri Pendidikan itu seharusnya dikekalkan kepada Bersatu dan isu ini tidak harus ditimbulkan oleh mana-mana pihak sama sekali.

“Ini adalah kuasa prerogetif Perdana Menteri untuk melantik mana-mana individu yang dianggap sesuai menganggotai Kabinet dan Armada Sarawak berharap Menteri Pendidikan yang akan dilantik kelak akan tetap memperjuangkan agenda pendidikan untuk semua serta terus memberi perhatian yang sewajarnya dalam isu pendidikan di Sarawak. – SM

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button