Nasional

Pastikan pembangunan seimbang, identiti budaya dipelihara -Anwar

DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata. pPembangunan kawasan bandar di negara ini perlu mengekal dan mempertahankan identiti budaya tempatan agar tidak menyerupai negara maju lain.

Menurut Perdana Menteri, setiap projek pembangunan, walau sekecil war room atau setinggi bangunan pencakar langit, harus dirancang mengambil kira persekitaran hijau dan keselesaan rakyat sekaligus memastikan tiada jurang dalam kalangan masyarakat.

“Kita perlu jadikan Malaysia ini susuk bandarnya yang unik dan tersendiri, jadi saya gesa saudara (perancang bandar) beri perhatian lebih, supaya barulah boleh kita bangga dengan pembangunan yang menyeluruh.

“Ini cabaran buat saudara, apa lagi penemuan cara penyusunan dan pengurusan serta perancangan kini menggunakan kekuatan digital dan AI (kecerdasan buatan) dengan mengambil kira semua aspek.

“Jangan ada kota yang mengekalkan jurang antara kelompok yang sangat berjaya dan kaya dengan masyarakat biasa,” katanya dipetik pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Perancangan 2024 di Kuala Lumpur.

Pada Majlis itu beliau menyampaikan Anugerah Felo Kehormat Pertubuhan Perancang Malaysia Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Sementara itu dalam ucapannya, perdana menteri juga menggesa semua pihak untuk memanfaatkan masa dan peluang yang ada bagi memberi tumpuan penuh kepada agenda pembangunan negara.
“Berikan tumpuan kepada isu pembangunan, perubahan dan anjakan yang berlaku, kita perlu fokus kepada pembangunan negara kita, politik perlu kuat dengan polisi ekonomi yang jelas.Kita perlu cuba yang terbaik untuk memperbaiki dan meningkat dalam setiap satu bidang.
“Jadi rakyat Malaysia di semua peringkat termasuk perancang dan kakitangan awam, elitis politik, komuniti perniagaan, kita perlu ambil kira apa yang berlaku kerana kita berhadapan dengan masa pasca normal, begitu banyak ketidakpastian,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button