Luar Negara

Pereka fesyen Kenzo Takada meninggal dunia akibat Covid-19

PEREKA fesyen legenda, Kenzo Takada dari Jepun meninggal dunia di Perancis semalam akibat Covid-1. Mendiang meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Berita kematian Kenzo disahkan oleh jurucakapnya dan dilaporkan oleh Agensi Anadolu.

Dilahirkan pada 1939, Kenzo mula mengukir nama di Paris pada usia 26 tahun dan berjaya membina empayar fesyen mewah di bandar raya itu sebelum bersara pada 1999.

Hasil rekaannya bukan sahaja popular di Paris malah di serata dunia dari Iceland, Mexico sehingga ke Taiwan.

Pada tahun 2016, beliau menerima anugerah Legion d’Honneurm anugerah tertinggi kerajaan Perancis. – SM

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button