Nasional

Pasca Covid-19: KPT tangani cabaran kebolehpasaran graduan dengan Great

KERESAHAN tidak dinafikan wujud dalam kalangan bakal graduan terutama mereka yang akan bergraduasi dan mencari tempat dalam pekerjaan.

Perkara demikian adalah satu cabaran berdasarkan fenomena pandemik Covid-19 yang memberi impak terhadap pascanya seperti ekonomi meliputi sektor pekerjaan dan keusahawanan.

Justeru, bagi menghadapi cabaran tersebut, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mewujudkan portal khas bagi membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Menerusi portal tersebut, pelbagai perkhidmatan akan diberikan termasuklah menyediakan latihan Reskilling dan Upskilling.

“Pihak KPT mengambil inisiatif membangunkan satu portal yang dinamakan Graduates Reference Hub For Employment and Training (Great).

BACA > Dr Noor Hisham dinobat Tokoh Maal Hijrah 2020 – Suara Merdeka

“Antara maklumat dan perkhidmatan yang bakal disediakan dalam portal ini adalah seperti, padanan pekerjaan, permohonan untuk mengikuti program Reskilling dan Upskilling.

“Selain itu, Great turut menyediakan kemudahan penajaan dan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran dan kaunseling kerjaya.

“Great juga menyediakan perkhidmatan e-profailing bagi setiap pemohon yang berdaftar dengan Great ini.”

Demikian kata Menterinya, Datuk Dr. Noraini Ahmad dalam ucapannya semalam ketika majlis pelancaran Inisatif Penjana Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).

Inisiatif Penjana HRDF dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Ia merupakan program yang memberikan penempatan pekerjaan dan latihan dengan menyasarkan lebih 200,000 rakyat Malaysia yang mencari pekerjaan.

BACA > Kes ugut, polis siasat penglibatan kongsi gelap – Suara Merdeka

Inisiatif tersebut meliputi latihan Reskilling dan Upskilling bagi memastikan pekerja adalah kompetitif dalan industri.

Program dengan kerjasama secara strategik antara Kementerian Sumber (HRM) Manusia dengan KPT dan Kementerian Belia dan Sukan itu disambut baik Noraini.

Menurutnya, inisatif Penjana HRDF ini dapat membantu memberi kemahiran tambahan kepada 300,000 graduan yang akan masuk ke dunia pekerjaan Oktober nanti.

“Seperti yang dilaporkan dalam 2020 Emerging Jobs Report Malaysia iaitu e-commerce, robotic engineering, internet of thing (IOT), artificial intelligent, pengurusan dan kejuruteraan data.

“Di samping itu, latihan-latihan berkaitan softskill seperti kepimpinan, komunikasi, keterampilan diri dan pelbagainya turut dilaksanakan.

“Program-program ini dilaksanakan secara kolaborasi strategik dengan pelbagai agensi termasuklah dengan HRDF.

BACA > Apple kini bernilai AS$2 trilion, Covid-19 lonjak perniagaan – Suara Merdeka

“Sehubungan itu, KPT berharap agar kerjasama berasama dengan HRM melalui HRDF ini dapat diteruskan.

“Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi kebolehpasaran siswazah berkenaan,” katanya.

Namun, beliau turut mengingatkan mahasiswa supaya sentiasa mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran bagi memenuhi keperluan ekonomi dan industri semasa.

“Hal ini bagi memastikan bahawa para graduan dapat memenuhi keperluan ekonomi dan industri semasa.

“Di samping mampu meningkatkan kebolehpasaran mereka.

“Bagi memastikan hasrat yang telah dinyatakan ini tercapai, KPT akan menyelaraskan usaha bersama HRM dan HRDF dalam mendorong serta menyokong kolaborasi melalui penglibatan industri demi manfaat bersama.

BACA > Penjana HRDF tawar gaji permulaan RM1,800 hingga RM7,000 – Suara Merdeka

“Saya amat berharap Inisatif Penjana HRDF ini akan dapat menarik lebih ramai penyertaan daripada para majikan bagi mewujudkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan

“Saya juga ingin menyeru kepada graduan yang masih belum lagi dapat peluang pekerjaan agar mengambil peluang untuk mendaftar bagi mendapatkan pekerjaan dan meningkatkan kemahiran.

“Agar kekal relevan dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

“Saya merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada HRM dan HRDF bekerjasama dengan KPT,” ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pelan Jana Semul Ekonomi Negara (Penjana) yang bernilai RM295 bilion.

BACA > KBS jelas lima golongan belia perlu diberi perhatian – Suara Merdeka

Inisatif tersebut merupakan pelan jangka pendek pemulihan ekonomi bagi menghadapi pasca pandemik Covid-19. – SM

(Visited 494 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button