fbpx
Ekonomi

Pasaran saham Tokyo ditutup rendah ekoran kebuntuan rangsangan

PASARAN saham Tokyo ditutup lebih rendah pada Khamis kerana para pelabur memilih untuk mendapatkan keuntungan di tengah-tengah kebimbangan mengenai kebuntuan berterusan antara Kongres dan Rumah Putih mengenai pakej rangsangan Covid-19 Amerika Syraiakt untuk membantu menyokong ekonomi yang terjejas.

Purata Saham Nikkei  turun 119.50 mata, atau 0.51 peratus, dari hari Rabu untuk ditutup pada 23,507.23 mata.

Indeks Topix yang lebih luas dari semua terbitan Bahagian Pertama di Bursa Saham Tokyo, sementara itu, mengakhiri dagangan hari ini dengan 12.11 mata, atau 0.74 peratus, turun pada 1,631.79.

Kaunter-kaunter yang berkaitan dengan  farmasi, pulpa dan kertas, dan berorientasikan makanan menyumbang kepada kemerosotan pasaran di hujung dagangan. – Xinhua


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button