HaiwanLuar Negara

Pasaran mangkuk ikan bulat dihentikan, buat ikan jadi gila, cepat mati

SATU pembekal akuarium terkemuka di Perancis telah memutuskan untuk menghentikan penjualan mangkuk ikan bulat kerana ia boleh membuat ikan menjadi gila dan membunuhnya dengan cepat.

Pemimpin pasaran penjagaan haiwan peliharaan Perancis, AgroBiothers Laboratoire tidak lagi akan menjual mana-mana akuarium dengan kapasiti kurang daripada 15 liter dan hanya akan menjual akuarium segi empat segi.

Ini kerana meletakkan ikan dalam mangkuk kecil tanpa penapisan dan sistem oksigen akan menderan haiwan itu.

“Orang ramai membeli ikan emas untuk anak-anak mereka kerana mengikut gerak hati, tetapi jika mereka tahu betapa seksanya itu, mereka tidak akan melakukannya.

“Berpusing-pusing dalam mangkuk kecil membuat ikan gila dan membunuh mereka dengan cepat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AgroBiothers, Matthieu Lambeaux kepada Reuters.

Ikan emas boleh hidup sehingga 30 tahun dan membesar sehingga kira-kira 25cm dalam akuarium besar atau kolam luar, tetapi dalam mangkuk kecil ia sering mati dalam beberapa minggu atau bulan.

Tambahnya, ikan emas adalah haiwan sosial yang memerlukan kumpulan ikan lain, ruang yang luas dan air bersih.

“Perancis adalah merupakan pasaran nombor satu di Eropah untuk akuarium ikan merah, dengan kira-kira 2.3 juta ikan,” kata Lambeaux.

Jerman dan beberapa negara Eropah lain telah lama melarang mangkuk ikan, tetapi Perancis tidak mempunyai undang-undang mengenai isu itu. – SM

(Visited 482 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button