Luar Negara

Konflik AS – Iran: Henti serangan, AS umum sekatan baharu

Kongres AS sekat kuasa ketenteraan Donald Trump

IRAN bakal menghdapi kesukaran untuk mengembangkan program nuklearnya apabila Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan baharu.

Presidennya, Donald Trump dilaporkan merancangan sekatan terhadap program pengayaan nukelar Iran dan tidak melanjutkan serangan.

Tambahnya, keputusan tersebut dibuat selepas serangan balas yang dilakukan Iran terhadap dua kem ketenteraan AS di Iraq.

Bagaiamanapun, Trump sebelum ini pernah menjelaskan, serangan tidak mengorbankan sesiapa.

“Kelihatan Iran mula bertenang, bagaimanapun ia adalah bagus untuk semua pihak yang prihatin terhadap kemananan dunia.” katanya.

Beliau berkata demikian sambil disaksikan timbalannya Mike Pence, Setiausaha Negeri, Mike Pompeo dan Setiausaha Pertahanan, Mark Esper.

Namun begitu, menurut Menteri Luar Iran, Javad Zarif, pihaknya tidak akan mencetuskan perang sebaliknya mempertahankan keselamatan negaranya.

“Kami tidak mahu mencetuskan perang, tetapi apa yang berlaku adalah kami mempertahankan negara daripada tindakan kegnasan dari luar,” katanya menerusi ciapan dalam Twitternya.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan AS dilaporkan akan mengadakan undian bagi menghadkan kuasa ketenteraan Trump berhubung krisis dengan Iran.

NANCY PELOSI

Undian tersebut dijangka akan diadakan hari ini bagi mencapai resolusi menerusi majoriti pegangan parti Demokrat dalam Senat berbanding parti Trump sendiri iaitu Republican.

“Kongres Wanita, Elissa Slotkin akan mengetuai resolusi tersebut dan akan melalui Jawatankuasa Perundangan sebelum dibawa ke Kongress hari ini,” ujarnya.

Terdahulu, Iran melancarkan peluru berpandu ke dua kem tentera AS di Iraq.

Insiden tersebut merupakan tindakan balas Iran terhadap AS yang melancarkan serangan dron sehingga menyebabkan kematian pemimpin tenteranya, Jeneral Qasem Soleimani.- Agensi

(Visited 101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button