Nasional

Pasar Raya MYDIN Subang Jaya orak langkah sumbang 5,000 pek Menu RAHMAH

PASAR Raya MYDIN melaksanakan tanggungjawab sosial dan kemasyarakatannya hari ini apabila mereka turut menyumbang 5,000 pek Menu RAHMAH kepada 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara yang terdiri daripada golongan (B40).

Menu RAHMAH ini merupakan kerjasama sinergi antara Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemain industri makanan dan minuman yang akan diperluaskan di seluruh negara dalam masa terdekat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub melapangkan masa, hadir dan merasmikan Menu RAHMAH di Pasar Raya MYDIN Subang Jaya, Selangor, hari ini.

Pelancaran Menu RAHMAH ini merupakan salah satu inisiatif baharu dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat. Ia susulan daripada libat urus industri yang dilaksanakan pada 26 Januari lalu bersama wakil-wakil persatuan restoran.

 

Antaranya Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association (MCSPGA), Bumiputra Retailers Organization (BRO), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan Malaysia Retailers Association (MRA).

Untuk rekod, Menu RAHMAH merupakan makanan tengah hari atau malam yang seimbang iaitu nasi, satu pilihan protein ayam atau ikan dan sayur-sayuran yang ditawarkan pada harga RM 5.00 sepinggan.

Dengan tawaran harga menu yang sangat berpatutan ini, sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

Semalam, kira-kira 12,000 pengusaha restoran mamak di seluruh negara menyatakan persetujuan mereka untuk menyediakan Menu RAHMAH kepada golongan B40.

Sehubungan itu, pihak KPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya pengusaha restoran supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini. – SM

(Visited 441 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button