Nasional

Selepas Membela Hak Asasi Yang Pelik, Suhakam Nak Iktiraf Jantina Ketiga Pula Di Malaysia?

Tular satu tangkap layar tentang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang ingin membuat kajian berkait dengan keboleh laksanaan undang-undang mengenai pengiktirafan jantina ketiga di Malaysia.

Membaca mesej yang ditulis itu, sudah tentu dalam negara Islam ini ada pihak yang ‘tidak selesa’ dengan tubuh mereka mahu mendapat pengiktirafan ini secara terbuka dan Suhakam adalah jambatannya.

Umum juga mengetahui bahawa Suhakam gemar membela manusia yang gemarkan cara hidup liberal dan menolak kehendak Islam meski pun mereka ini menetap di Tanah Melayu yang segar dengan jiwa Islam.

Kaedah mereka adalah benar dan tidak salah kerana menggunakan suruhanjaya yang berdaftar dan diiktiraf dalam Malaysia untuk memperjuangkan hak asasi manusia.

Namun dari segi akhlak, yang tiada hitam putih, mereka menolaknya kerana ayat-ayat dalam al-Quran dianggap tidak relevan untuk menilai hak asasi manusia secara keseluruhan.

Maka dengan itu, setiap keputusan dibuat mengikut akal kumpulan minoriti yang seharusnya masyarakat majoriti mendidik tetapi ia tidak berlaku di negara ini.

Amat malang bagi negara ini kerana tidak mempunyai Suruhanjaya Pendidikan Akhlak & Moral Berteraskan Islam yang seharusnya wujud di samping jabatan atau majlis agama Islam.

Masyarakat kita sedang kritikal dalam menentukan mana yang benar atau mana yang menjanjikan kehidupan yang menyeronokkan di dunia yang sementara ini!

(Visited 397 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button